Jika anda sudah berpeluang menjejakkan kaki anda ke Bukit Puteri, Bazaar Warisan, Bot Tambang Seberang Takir dan juga KT Bowl Astaka - ini bermakna anda pasti juga ingin tahu mengenai Istana Maziah yang terletak amat hampir dengan tempat-tempat tersebut.

Penulis tidak berpeluang untuk masuk ke dalam istananya, tetapi penulis sempat merakamkan gambar-gambar menarik untuk anda mengenali dengan lebih dekat mengenai istana yang begitu bersejarah dan bermakna bagi rakyat Negeri Terengganu Darul Iman ini.
Istana Maziah merupakan satu lambang kemegahan bagi institusi kesultanan di Negeri Terengganu. Kedudukan Istana Maziah ini amat unik sekali, mungkin disebabkan istana ini terletak di belakang Bukit Puteri dengan jarak kira-kira 200 meter dari gigi air Sungai Kuala Terengganu.

Di Istana Maziah sering diadakan upacara rasmi negeri iaitu seperti Istiadat Pertabalan dan Kemahkotaan Sultan Terengganu, majlis berkhatan, majlis bertindik, majlis perkahwinan dan juga sambutan tetamu utama negeri. Boleh dikatakan, Istana Maziah menjadi tempat utama untuk dilangsungkan sebarang majlis rasmi secara besar-besaran dan turut melibatkan khalayak ramai.
Ada lagi yang menariknya di kawasan Istana Maziah - ialah Medan Maziah yang terletak di kawasan pagar luar daripada Istana Maziah ini. Medan Maziah asalnya merupakan sebahagian daripada kawasan Istana Maziah tetapi sekarang sudah dipisahkan menjadi satu taman yang cukup cantik. Lihat landskap menarik yang penulis telah sempat potretkan di bawah ini. Anda pasti mahu merakamkan gambar bersama yang tersayang di sini. hehe. Amat rugi jika anda tidak mahu mengambil peluang untuk datang ke sini.


0 komen sahaja:
Catat Ulasan