Isnin, Jun 21, 2010
Entri 61 : Kuala Kemaman
Penulis sempat singgah di Pengkalan Ikan Kuala Kemaman untuk membeli ikan-ikan segar yang dijual di sini. Sedang abah dan ummi melangkah ke pengkalan ikan, penulis apa lagi mengambil peluang ini berjalan kaki sambil menghirup udara segar di Pantai Kuala Kemaman.
Wahh..terasa angin pantai menampar-nampar di pipi ini. Bukan pantai juga sebenarnya, kerana tempat ini merupakan jeti pengkalan bagi hasil tangkapan ikan-ikan yang ditangkap oleh nelayan-nelayan di sini.
Disebabkan Kuala Kemaman begitu kaya dengan pelbagai jenis ikan-ikan segar, kebanyakkan penduduk di sini telah menjadikan perniagaan keropok lekor sebagai mata pencarian mereka. Ternyata usaha mereka tidak sia-sia, kerana sehingga sekarang keropok lekor Kuala Kemaman tetap menjadi sebutan ramai (selain keropok lekor Kampung Losong) dan amat digemari penduduk di daerah Kemaman dan juga pengunjung luar.
Selain keropok lekor, satar juga turut digemari di sini. Sedap teramat sedap rasanya. Anda mahu mencubanya?
Saya mahu cetak entri ini.
0 komen sahaja:
Catat Ulasan