Sarak Ikan - Ini juga merupakan makanan tradisi di Negeri Terengganu. Rasanya memang sedap dan kaya dengan khasiat protein yang amat tinggi. Selain daripada diletakkan di dalam sarung ikan (seperti gambar di bawah), sarak ikan juga boleh diletakkan di dalam lada tomato yang bersaiz sederhana. Cara pembuatannya sama sahaja, yang membezakan hanya jenis sarung yang digunakan.
"Alhamdulillah...kenyangnya dapat makan sarak ikan tadi. Sedap sungguh...dah lama aku tak makan sarak ikan." berkata si A kepada si B pada suatu petang yang damai di satu perkampungan nelayan di Negeri Terengganu.
Kebiasaannya orang luar Negeri Terengganu ada juga menyebut makanan ini adalah "solok lada". Jangan keliru jika anda pernah mendengar panggilan nama yang sebegini, kerana kedua-duanya adalah merujuk kepada satu jenis makanan yang sama sahaja - iaitu sarak ikan. Makanan ini amat sedap jika dimakan begitu sahaja tanpa disertakan bersama dengan nasi putih. Tetapi penulis selalunya menjamah sarak ikan ini bersama dengan nasi kerabu. Cara begini memang sedap dan cukup menjadikan anda bertambah seleranya. Hehe...
Anda pasti ingin tahu cara membuat sarak ikan istimewa ini kan?
Bahan-bahan yang anda perlukan ialah :
1. 3 ekor ikan kembung
2. 5 ekor ikan selayang
3. 1/2 biji kelapa tua
4. 7 ulas bawang merah
5. 2 ulas bawang putih
6. 2 hiris halia
7. 2 hiris lengkuas
8. 2 sudu lada lumat
9. 1 camca ketumbar
10. 1/2 camca jintan manis
11. sedikit belacan, asam jawa dan gula
Nahh..anda sudah boleh membuat makanan ini. Tetapi pastikan anda mengikuti langkah-langkah di bawah untuk memastikan rasa dan keaslian sarak ikan ini tidak akan hilang. Ok...
- Ikan kembung dibelah belakang dan dibuang tulangnya. Kikis sedikit isinya. Ini digunakan sebagai sarung bagi diletakkan isi sarak ikan yang telah siap.
- Ikan selayang dibersihkan dan diambil isinya sahaja
- Kelapa diparut halus-halus.
- Isi ikan selayang ditumbuk hingga lumat. Masukkan kelapa yang telah diparut dan tumbuk kedua-dua campuran ini hingga betul-betul hancur.
- Masukkan semua rempah yang telah ditumbuk, masukkan belacan dan asam jawa yang telah diramas dengan sedikit air. Kemudian tuangkan airnya ke dalam hasil campuran tadi. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan gaulkan hingga sebati.
- Ambil sarung ikan kembung dan masukkan hasil isi ikan ke dalamnya sehingga penuh.
- Kukus atau rebus dengan sedikit santan sehingga masak.
Saya mahu cetak entri ini.
0 komen sahaja:
Catat Ulasan