Assalamualaikum w.b.t. Salam Ceria, Salam Mesra dan Salam Satu Terengganu dari Penulis terengganucunsokmo.blogspot.com. Blog ini Menceritakan Secara Ringkas Mengenai Negeri Terengganu Darul Iman - Bandaraya Warisan Pesisir Air. Selamat Mengenali Negeri Terengganu di Hatiku Selalu. Semoga Bermanfaat Untuk Pengetahuan Anda. Terima Kasih!

Ahad, Mei 09, 2010

Entri 26 : Bazaar Warisan


Sebelum anda ingin mendaki ke Bukit Puteri, anda akan melalui jalan dan tangga bergerak di Bazaar Warisan ini dahulu dan kemudiannya baru anda akan berjumpa dengan laluan tangga ke Bukit Puteri.



Haah...penulis ingin menarik perhatian anda mengenai Bazaar Warisan di sini. Dah namanya pun bangunan warisan, maka sesuai benarlah dengan bazaar ini yang menempatkan kedai-kedai yang menawarkan kepada anda pelbagai jenis koleksi kraftangan (termasuk rantai kunci, bakul, perhiasan dan sebagainya yang bercorakkan Negeri Terengganu), kain sutera, pakaian berasaskan batik, T-shirt Terengganu Darul Iman dan beberapa kedai lain lagi.

Pendek kata, Baazar Warisan merupakan tempat di mana anda boleh mencari pelbagai jenis produk yang dihasilkan oleh rakyat Negeri Terengganu sahaja.

Kedudukan Bazaar Warisan yang strategik di tepi persisiran pantai Kuala Terengganu sudah tentu akan menggamit hati anda dan sesiapa sahaja yang melancong ke Negeri Terengganu datang ke sini. Apa tunggu lagi? Jika anda inginkan cenderahati menarik untuk dibawa pulang dan dihadiahkan kepada yang tersayang, singgah sahaja ke Bazaar Warisan.

Saya mahu cetak entri ini.

0 komen sahaja:

Catat Ulasan