Assalamualaikum w.b.t. Salam Ceria, Salam Mesra dan Salam Satu Terengganu dari Penulis terengganucunsokmo.blogspot.com. Blog ini Menceritakan Secara Ringkas Mengenai Negeri Terengganu Darul Iman - Bandaraya Warisan Pesisir Air. Selamat Mengenali Negeri Terengganu di Hatiku Selalu. Semoga Bermanfaat Untuk Pengetahuan Anda. Terima Kasih!

Isnin, Jun 07, 2010

Entri 47 : TTI River Cruise 1


Dengan jangka masa 45 minit perjalanan, harga tiket yang ditetapkan untuk setiap pengunjung adalah RM10.00 sahaja untuk arah pergi dan balik mengelilingi Taman Tamadun Islam (TTI) ini.

TTI River Cruise - Pakej menaiki bot tambang mengelilingi Taman Tamadun Islam (TTI) ini telah penulis rasai pada kunjungan ke sini pada kali lepas. Sebelum menaiki TTI River Cruise, pengunjung dikehendaki memakai jaket keselamatan yang telah dibekalkan sebagai satu langkah berjaga-jaga jika ada sebarang kecemasan.

Dengan diiringi oleh dua orang pegawai perkhidmatan untuk setiap bot, pengunjung yang menaiki TTI River Cruise ini pasti akan terpegun dengan permandangan dari arah pesisir laut yang memang cantik sekali. Bagi anda yang pertama kali merasai pengalaman menaiki bot, bawalah bekalan air botol mineral yang telah tersedia dijual di kaunter maklumat dan tiket untuk mengelakkan anda mengalami mabuk di laut.

Untuk menaiki TTI River Cruise yang terletak di Pengkalan Tok Ku Paloh ini, berhati-hatilah dengan langkah kaki anda semasa melangkah ke dalam bot, kerana anda bukan lagi berada di atas daratan. hehe

Peta ini telah disediakan sebagai gambaran awal kepada anda sebagai pengunjung untuk mengetahui apakah yang akan dapat dilihat di sepanjang perjalanan mengelilingi Taman Tamadun Islam (TTI).

TTI River Cruise baru sahaja hendak bergerak meninggalkan jeti Pengkalan Tok Ku Paloh. Di belakang kami, adalah dua orang pegawai perkhidmatan yang telah ditugaskan untuk menjaga keselamatan pengunjung.




Gambar (1), (2), (3) dan (4) - Dari arah pergi perjalanan menaiki TTI River Cruise ini, anda akan dapat melihat beberapa monumen (replika) masjid-masjid yang telah ditempatkan di dalam Taman Monumen di sini.


Permandangan di atas jeti di Pengkalan Tok Ku Paloh ini yang anda wajib lalui untuk menaiki TTI River Cruise.

Lihat betapa cantiknya ukiran kayu yang telah dihasilkan pada TTI River Cruise ini.

Jika anda ingin mencuba pengalaman menaiki bot ini, jangan tangguhkan hasrat anda begitu sahaja. Datang sahaja ke Taman Tamadun Islam (TTI) yang menjanjikan pelbagai kenangan kepada anda hanya di Negeri Terengganu Darul Iman.

Saya mahu cetak entri ini.

0 komen sahaja:

Catat Ulasan