Sudah lama tidak datang ke Pantai Teluk Mak Nik yang juga dikenali dengan nama Monica Bay dalam versi Inggeris-nya. Apa lagi, sesudah selesai menjamu selera di Warung Awie Satar dan Otok-Otok di Kuala Kemaman, penulis terus datang ke sini. Pastinya kunjungan kali ini turut datang bersama keluarga tercinta.



Beberapa kemudahan yang ada di Pantai Teluk Mak Nik turut disediakan pihak berwajib bagi keselesaan pengunjung-pengunjung yang mahu datang ke sini.



Mengimbas kembali kenangan semasa Negeri Terengganu Darul Iman menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) ke-12 pada tahun 2008. Begitu ramai pelancong dari dalam dan luar negeri yang telah berkunjung ke Pantai Teluk Mak Nik kerana di sinilah acara bola tampar telah dipertandingkan. Sehingga sekarang gelanggang untuk permainan bola tampar ini masih teguh berdiri dan digunakan untuk kejohanan sukan yang seterusnya.
Saya mahu cetak entri ini.
0 komen sahaja:
Catat Ulasan