Apa yang menariknya jika anda berkesempatan mencuba sendiri pengalaman menaiki TTI River Cruise adalah di sepanjang perjalanan mengelilingi Taman Tamadun Islam (TTI) ini, anda akan dapat melihat sendiri beberapa tempat dan perkampungan nelayan yang pastinya akan menarik minat anda yang tidak pernah merasai pengalaman sebegini sebelum ini.
Mungkin ada di antara anda yang pernah datang ke tempat- tempat ini melalui jalan darat, tetapi kali ini pengalaman anda menaiki TTI River Cruise menjanjikan pengalaman yang amat berbeza sekali.
Mari kita lihat apa yang anda bakal saksikan di pesisiran Sungai Terengganu ini....
Gambar (1) dan (2) - Ri-yaz Heritage Resort and Spa. Tempat ini khas untuk anda yang ingin menginap di Pulau Duyong.
Gambar (1) dan (2) - Pengkalan Membuat Kapal di Pulau Duyong. Di sini, Kapal Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sedang dalam proses pembinaan untuk disiapkan.
Saya mahu cetak entri ini.
0 komen sahaja:
Catat Ulasan