Rasanya sudah banyak blog dan web lain yang telah menceritakan mengenai Taman Tamadun Islam (TTI) - iaitu merupakan satu taman tema perlancongan yang telah memberikan impak yang begitu besar kepada industri pelancongan di Negeri Terengganu Darul Iman. Taman ini telah dibuka kepada umum pada tahun 2008 setelah mengambil masa selama 3 tahun untuk disiapkan. Taman Tamadun Islam (TTI) yang terletak di Pulau Wan Man ini dikatakan berjaya mengetengahkan seni warisan dan seni bina Islam di dalam pembinaannya.
Tarikan utama di sini ialah Taman Monumen yang menempatkan 21 jenis monumen (replika) masjid-masjid yang terdapat di dunia. Pintu masuk yang dikhaskan disediakan untuk anda masuk dan melawat monumen-monumen yang terdapat di dalamnya. Perkhidmatan kenderaan tram, buggy dan basikal roda disediakan untuk anda yang mahu menggunakannya dengan bayaran yang berpatutan. Taman permainan kanak-kanak juga turut tersedia di sini.
Harga tiket yang dikenakan adalah RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak dan warga emas yang berusia lebih 60 tahun. Pelancong dari luar negara dan juga bukan warganegara Malaysia turut dikenakan bayaran, iaitu RM20 sahaja. Boleh tahan juga harga tiketnya kan?
Kali pertama penulis datang ke sini, sudah timbul angan-angan di kepala penulis untuk datang lagi ke sini selepas itu. Melihatkan permandangan yang cantik-cantik di Taman Tamadun Islam (TTI), pastinya penulis sendiri tidak akan pernah berasa jemu untuk merakamkan gambar-gambar menarik di sini walaupun sudah acap kali berposing di tempat yang sama sahaja. hehe
"Wow! warna pink la." berkata penulis di dalam hati. Teruja sungguh penulis dengan bas Taman Tamadun Islam (TTI) ini. Haa..yang gambar kecil itu adalah adik kepada rakan penulis yang turut serta. Bergaya sungguh posingnya. hehe
Jika anda berasa lapar selepas penat berjalan-jalan di sekitarnya, jangan bimbang kerana tempat makan yang istimewa turut tersedia untuk anda. Tempat makan yang dipanggil kafetaria ini terletak menghadap laut dengan tiupan angin laut menderu yang sentiasa menemani anda untuk menjamu selera di kafe Taman Tamadun Islam (TTI). haha. Bunyinya macam menarik sahaja.
Makanannya kelihatan begitu istimewa sekali. Ini adalah menu keropok lekor, nasi ayam dan nasi beriyani ayam yang telah dipesan oleh penulis dan rakan penulis. Anda juga boleh memesan menu-menu lain yang telah ditawarkan di sini.
Sambil menjamu selera, anda boleh menjamu mata juga. Ok...tapi awas, jangan bermain mata dengan kumpulan tentera pelatih ini yee. hehe
Sambil menjamu selera, anda boleh menjamu mata juga. Ok...tapi awas, jangan bermain mata dengan kumpulan tentera pelatih ini yee. hehe
Selain Taman Monumen, ada lagi tempat menarik lain yang anda boleh lawati di Taman Tamadun Islam. Di antaranya adalah....
Pengkalan Tok Ku Paloh - di sinilah tempat anda wajib pergi jika anda berminat untuk menaiki "TTI River Cruise" secara berpakej.
"TTI River Cruise" - penulis sudah merasai keseronokan menaiki bot comel ini. Memang sangat seronok dan tidak akan sedar masa yang berlalu jika menaikinya.
"TTI River Cruise" - penulis sudah merasai keseronokan menaiki bot comel ini. Memang sangat seronok dan tidak akan sedar masa yang berlalu jika menaikinya.
Saya mahu cetak entri ini.
0 komen sahaja:
Catat Ulasan