"Ya Allah...Peliharakanlah Negeri Terengganu Darul Iman."
Peliharakanlah Terengganu - Mercu tanda yang berbentuk perkataan ini begitu jelas terpampang di atas Bukit Tunggal, daerah Kuala Terengganu.
Perkataan "Peliharakanlah Terengganu" yang begitu strategik kedudukannya ini selalu menarik perhatian rakyat Negeri Terengganu dan juga pelancong-pelancong dari luar Negeri Terengganu untuk merakamkan gambar berlatar belakangkan mercu tanda ini di dalam kamera masing-masing.
Jika anda berada di dalam Pasaraya Mydin Mall dan juga Pasaraya Giant yang terletak berhadapan dengannya, perkataan ini masih lagi jelas kelihatan.

Penulis amat suka melihat permandangannya pada waktu malam yang amat cantik sekali. Anda pasti turut tertarik untuk melihat sendiri mercu tanda Negeri Terengganu ini kan. hehe
Keunikannya yang anda dapat lihat pada mercu tanda ini adalah penggunaan perkataan ALLAH S.W.T yang begitu besar kelihatan. Betul lah kata orang, sejuk sungguh hati tatkala datang ke Negeri Terengganu Darul Iman.
Semoga Negeri Terengganu sentiasa di bawah limpahan rahmat-Nya sentiasa. Amiin...

0 komen sahaja:
Catat Ulasan