Assalamualaikum w.b.t. Salam Ceria, Salam Mesra dan Salam Satu Terengganu dari Penulis terengganucunsokmo.blogspot.com. Blog ini Menceritakan Secara Ringkas Mengenai Negeri Terengganu Darul Iman - Bandaraya Warisan Pesisir Air. Selamat Mengenali Negeri Terengganu di Hatiku Selalu. Semoga Bermanfaat Untuk Pengetahuan Anda. Terima Kasih!

Khamis, Mei 06, 2010

Entri 24 : Bukit Puteri


Nak tahu sejarah asalnya lagu Ulik Mayang yang selalu dinyanyikan di sesetengah majlis di sini? A'ah...kalau anda ingin tahu, lirik lagu ini sebenarnya berasal dari lagenda di Bukit Puteri yang mengisahkan mengenai tujuh orang puteri yang tinggal di atas Bukit Puteri. Anda boleh hayati lirik lagu Ulik Mayang di dalam blog penulis. Ok...

Bukit Puteri merupakan salah satu tempat perlancongan yang masih tersergam indah di Negeri Terengganu. Letaknya Bukit Puteri ini adalah di belakang Istana Maziah dan juga berdekatan dengan Pasar Payang. Jikalau hendak ke Bukit Puteri, anda boleh melalui
jalan naik ke bukit ini yang kini menggunakan laluan baru menggunakan tangga bergerak di Bazaar Warisan.

Anda dapat lihat tak papan tanda Bukit Puteri di dalam bulatan di atas? Tangga bergerak di Bazaar Warisan ini perlu dinaiki dahulu untuk ke laluan ke Bukit Puteri.

Mengenai Bazaar Warisan, penulis akan menceritakan mengenainya pada entri yang seterusnya. Jadi rajin-rajin kan lah tangan anda untuk sentiasa membaca blog ini ye...

Selepas penulis dan keluarga rakan penulis menaiki bot tambang ke Seberang Takir, kami juga sempat berkunjung ke Bukit Puteri yang begitu misteri ini. Kenapa? Kerana Bukit Puteri ini pada asalnya merupakan kubu pertahanan yang mengawal perairan Kuala Terengganu.

Di belakang keluarga rakan penulis ini, merupakan rumah api yang masih elok rupanya.

Penulis begitu terpegun melihat pemandangan dari atas Bukit Puteri ini yang amat menakjubkan. Penulis dapat melihat muara Sungai Terengganu dan kawasan Seberang Takir. Di sini juga terdapat sebuah genta (iaitu loceng besar) yang kini digunakan untuk memberitahu rakyat Negeri Terengganu di sekitarnya semasa waktu berbuka puasa.

Lihat permandangan dari atas Bukit Puteri. Penulis dapat melihat Masjid Putih yang tersergam putihnya dari sini.

Pintu gerbang ke singgahsana puteri, juga terdapat genta dan rumah api di sini.

Meriam yang digunakan sebagai senjata pertahanan. Meriam Beranak namanya.

Dahulunya genta ini berfungsi sebagai pemberi amaran sekiranya terjadi apa-apa kecemasan ataupun panggilan untuk mengumpulkan rakyat-rakyat Negeri Terengganu. Terdapat juga makam lama, beberapa buah meriam (termasuklah sebuah meriam yang terkenal dipanggil meriam beranak), rumah api dan sebuah tempat seperti singgahsana untuk puteri-puteri ini.

Suasananya di atas Bukit Puteri memang tenang. Kalau anda hendak berkampung di sini pun tidak mengapa. Kerana kemudahan tandas juga disediakan di sini...haha. Tetapi untuk naik ke Bukit Puteri, bayaran RM1.00 dikenakan untuk dewasa dan kanak-kanak hanya RM0.50 sahaja. Memang cukup murah dan berbaloi untuk anda.

Kemudahan untuk tempat rehat juga disediakan. Boleh laa penulis melepaskan penat lelah memanjat tangga ke Bukit Puteri.

Itulah kisahnya Bukit Puteri. Jadi, kepada anda yang terlalu teruja untuk memanjat tangga ke Bukit Puteri ini, bawalah keluarga bersama untuk menikmati keindahan Negeri Terengganu Darul Iman.

Dan untuk mengetahui sejarah Bukit Puteri dengan lebih lanjut penulis memohon kerjasama anda untuk klik di sini. haha.


Saya mahu cetak entri ini.

0 komen sahaja:

Catat Ulasan