Assalamualaikum w.b.t. Salam Ceria, Salam Mesra dan Salam Satu Terengganu dari Penulis terengganucunsokmo.blogspot.com. Blog ini Menceritakan Secara Ringkas Mengenai Negeri Terengganu Darul Iman - Bandaraya Warisan Pesisir Air. Selamat Mengenali Negeri Terengganu di Hatiku Selalu. Semoga Bermanfaat Untuk Pengetahuan Anda. Terima Kasih!

Ahad, Mei 02, 2010

Entri 16 : Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu


Entri ini merupakan lanjutan dari entri ke-15 sebelum ini di mana penulis ada menyebut mengenai Perpustakaan Awam Negeri Terengganu.

Peta yang menggambarkan kedudukan letaknya Perpustakaan Awam Negeri Terengganu

Penulis ingin menceritakan pengalaman penulis mengenai Perpustakaan Awam Negeri Terengganu yang merupakan tempat penulis menyertai satu bengkel anjuran Mdec. Bengkel "iPhone Development Training" ini telah diadakan di Pusat Bahasa Terengganu, Perpustakaan Awam Negeri Terengganu yang terletak di aras bawah perpustakaan ini.

Pusat Bahasa, Perpustakaan Awam Negeri Terengganu.

Di perpustakaan ini terdapat beberapa perkhidmatan yang telah disediakan untuk semua lapisan umur di mana merangkumi Bahagian Pendaftaran Ahli, Bahagian Kanak-Kanak, Bahagian Dewasa, Bahagian Pinjaman Antara Perpustakaan, Bahagian Perpustakaan Awam Bergerak dan beberapa perkhidmatan lain lagi.

Kemudahan tambahan yang disediakan termasuklah bilik seminar, dewan teater dan dewan serbaguna. Kemudahan sesi pameran dan sesi pengkisahan sejarah juga selalu diadakan mengikut tema dan musim tertentu.

Perkhidmatan Bas Perpustakaan Awam Bergerak Negeri Terengganu.

Penulis memang sudah sinonim dan tidak asing lagi dengan perkhidmatan perpustakaan awam bergerak yang disediakan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri. Ini kerana, perkhidmatan ini sudah kerap kali digunakan oleh penulis sejak dari bangku sekolah rendah lagi.

Setiap dua minggu sekali, bas perkhidmatan perpustakaan awam bergerak akan datang ke sekolah-sekolah di setiap daerah untuk memberi perkhidmatan meminjam, memulang dan memperbaharui buku untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah khususnya.

Tetapi untuk menggunakan perkhidmatan ini, setiap pelajar dikehendaki mendaftar sebagai ahli Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu. Selain disediakan untuk pelajar-pelajar, bas ini turut memberi perkhidmatan bergerak di beberapa hentian yang telah ditetapkan dan pada waktu yang ditetapkan mengikut jadualnya.

Di samping memberi perkhidmatan kepada pelajar-pelajar, pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri turut mendapat manfaatnya dengan penambahan ahli yang berdaftar dengan perpustakaan. Di sini, proses galakan membaca sentiasa berjalan dengan berterusan.

Permandangan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu dari pandangan luar.

Jika anda ingin mencuba perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan di sini, jangan teragak-agak untuk ke alamat seperti berikut.

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu,
Jalan Kemajuan,
Padang Hiliran,
21572 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

Juga boleh hubungi di : 09-6221100

Sebarang maklumat lanjut, sila klik di sini

"Jadikan Amalan Membaca Budaya Kita Bersama."

Saya mahu cetak entri ini.

0 komen sahaja:

Catat Ulasan