Assalamualaikum w.b.t. Salam Ceria, Salam Mesra dan Salam Satu Terengganu dari Penulis terengganucunsokmo.blogspot.com. Blog ini Menceritakan Secara Ringkas Mengenai Negeri Terengganu Darul Iman - Bandaraya Warisan Pesisir Air. Selamat Mengenali Negeri Terengganu di Hatiku Selalu. Semoga Bermanfaat Untuk Pengetahuan Anda. Terima Kasih!

Ahad, Mei 02, 2010

Entri 17 : Kemaman Indah 2010


Kemaman Indah 2010 - begitu besar dan gah papan tanda yang dapat dilihat tatkala memasuki ke daerah Kemaman. Sejak dari penulis masih lagi kanak-kanak sehingga sekarang sudah memasuki ke alam remaja, sudah banyak pembangunan yang dapat dilihat di daerah Kemaman. Satu-satunya daerah yang menjadi tempat tinggal penulis dan keluarga sehingga ke hari ini.

Lihatlah papan tanda yang menyambut kedatangan anda ke daerah Kemaman. Papan tanda ini dapat dilihat di simpang empat jalan di mukim Kemasik, Kemaman.

Daerah Kemaman merupakan daerah yang kedua terbesar keluasan daerahnya selepas daerah Dungun di Negeri Terengganu Darul Iman.

Daerah Kemaman juga merupakan daerah yang paling hujung ke Selatan Negeri Terengganu. Bermula dari hujung arah Utara ialah daerah Besut, daerah Setiu, daerah Hulu Terengganu kemudian diikuti dengan daerah Kuala Terengganu yang berada di tengah-tengah negeri. Daerah Marang, daerah Dungun dan daerah Kemaman pula terletak di hujung arah ke Selatan jikalau mengikut arah angin.

Walaupun daerah Kemaman tidak lah sepesat pembangunan di daerah Kuala Terengganu, tetapi anda tidak akan rugi dengan layanan mesra yang ada pada penduduk tempatan di sini. Cuba lah bertanya pada sesiapa sahaja yang anda jumpa di tepi jalan, pasti anda akan dilayani seramahnya. Jika tidak begitu, jangan malu untuk bertanya pada yang sudi menjawabnya.

Gambar-gambar di bawah ini sempat penulis rakamkan sepanjang jalan di sekitar daerah ini.

Gambar (1), (2) dan (3) : Stesen Bas bandar Chukai, daerah Kemaman yang terletak di tengah bandar Chukai dan di belakangnya terdapat Sungai Kemaman. Di sini terdapat kemudahan kedai-kedai, masjid, tandas awam, dan telefon awam

Gambar (4) : Salah sebuah hotel yang juga terletak berdekatan dengan stesen bas bandar Chukai.

Gambar (5), (6) dan (7) : Permandangan sepanjang jalan di bandar Chukai.

Gambar (8), (9), (10), (11) dan (12) : Beberapa deretan kedai yang terdapat di daerah Kemaman. Ini menjanjikan semakin banyak peluang pekerjaan disediakan di sini.

Gambar (13) dan (14) : Bangunan Pejabat Pelajaran Daerah Kemaman dan Pejabat Risda Daerah Kemaman.

Gambar (15) : Masjid Sultan Ahmad yang menjadi tumpuan orang ramai untuk bersolat.

Gambar (16), (17), (18), (19) dan (20) : Di antara permandangan yang menarik perhatian.

Gambar (21) : Kolej Komuniti Daerah Kemaman di mukim Kijal, daerah Kemaman.

Gambar (22) : Papan tanda arah ke mukim Kemasik

Saya mahu cetak entri ini.

0 komen sahaja:

Catat Ulasan