Assalamualaikum w.b.t. Salam Ceria, Salam Mesra dan Salam Satu Terengganu dari Penulis terengganucunsokmo.blogspot.com. Blog ini Menceritakan Secara Ringkas Mengenai Negeri Terengganu Darul Iman - Bandaraya Warisan Pesisir Air. Selamat Mengenali Negeri Terengganu di Hatiku Selalu. Semoga Bermanfaat Untuk Pengetahuan Anda. Terima Kasih!

Isnin, Mei 03, 2010

Entri 18 : Geografi Daerah Kemaman


Bentuk muka bumi daerah Kemaman dapat dibahagikan kepada tiga kawasan utama iaitu :
  1. Kawasan pantai.
  2. Kawasan pedalaman.
  3. Kawasan kaki bukit (terletak hanya beberapa kilometer dari pantai).

Kawasan pantai mempunyai bentuk muka bumi yang rendah dan rata dan majoriti penduduk di sini lebih tertumpu kepada aktiviti menangkap ikan. Kawasan ini juga memanjang sejauh kira-kira 38 batu dari Kuala Kemaman ke Kerteh. Lebih separuh daripada penduduk Kemaman tertumpu di kawasan ini.

Kawasan pedalaman daerah ini pula mempunyai bentuk muka bumi tanah tinggi dan berbukit bukau. Kawasan ini kaya dengan hasil bijih timah, tanaman kelapa sawit dan kayu-kayan.

Di samping itu, kawasan kaki bukit daerah ini mempunyai jumlah penduduk kedua ramainya. Kawasan ini terletak di antara kawasan persisiran pantai dan kawasan pedalaman. Aktiviti utama penduduk kawasan ini adalah rata-ratanya bekerja sebagai petani.

Daerah Kemaman mempunyai dua (2) buah perlabuhan iaitu di mukim Kerteh dan di Teluk Kalong. Industri di daerah Kemaman lebih berasaskan petrolium dan keluli.

Daerah Kemaman juga mempunyai bandar di sepanjang pantai. Bermula dari Bandar Chukai (mempunyai kompleks membeli-belah Casa Limbong dan The Store), Bandar Baru Kijal, Bandar Peranginan Kijal
(Awana Kijal Hotel and Resort), Pekan Kemasik yang di situ terdapat kompleks membeli-belah Mesra Mall dan juga Bandar Kerteh (Komples Petroleum Petronas).

Kompleks Membeli-belah CASA LIMBONG yang terletak bersebelahan Kompleks Membeli-belah The Store.

Saya mahu cetak entri ini.

0 komen sahaja:

Catat Ulasan