Assalamualaikum w.b.t. Salam Ceria, Salam Mesra dan Salam Satu Terengganu dari Penulis terengganucunsokmo.blogspot.com. Blog ini Menceritakan Secara Ringkas Mengenai Negeri Terengganu Darul Iman - Bandaraya Warisan Pesisir Air. Selamat Mengenali Negeri Terengganu di Hatiku Selalu. Semoga Bermanfaat Untuk Pengetahuan Anda. Terima Kasih!

Rabu, Mei 05, 2010

Entri 23 : Sejarah Daerah Kemaman


Menurut pencarian penulis, sejarah daerah Kemaman dikatakan bermula apabila...

Tersebutlah beberapa kisah pada zaman dahulu kala,

Kisah Pertama :

Seorang sejarawan yang berasal daripada negara Mesir bernama Ptolemy bertanggungjawab membuat peta dunia termasuklah peta Semenanjung Tanah Melayu. Sejarawan ini telah menyebut daerah Kemaman sebagai Kole manakala daerah Kuala Terengganu pula sebagai Primula.

Kisah Kedua :

Pada sekitar tahun 1700, Che Wan Teh yang berketurunan bangsawan Kuala Pahang telah berhijrah ke daerah Kemaman berikutan telah berlaku persengketaan di Pahang. Beliau menjadi peneroka pertama di Kampung Bukit Kuang, Kemaman. Sebelum itu, orang Sakai telah lama mendiami kawasan ini. Tetapi setelah kedatangan orang Melayu, orang Sakai berhijrah jauh di pedalaman daerah Kemaman. Kemudian, Che Wan Teh berpindah ke Tanjung Geliga di muara Sungai Kemaman bagi mencari kawasan yang lebih selamat. Dan akhirnya, beliau berpindah ke mukim Chukai yang lebih stabil dan selamat daripada ancaman lanun.

Kisah Ketiga :

Kisah ini pula menyatakan Kemaman diteroka oleh Lebai Saris, iaitu seorang bangsawan dari Patani , Siam.

Penulis sendiri baru juga mengetahui sejarah-sejarah daerah Kemaman ini melalui pelbagai versi yang berlainan.

Anda berminat ingin mengetahui lebih lagi? Jom jalan-jalan ke negeri Terengganu.

Negeri cantik. Budaya menarik...

Saya mahu cetak entri ini.

0 komen sahaja:

Catat Ulasan