Assalamualaikum w.b.t. Salam Ceria, Salam Mesra dan Salam Satu Terengganu dari Penulis terengganucunsokmo.blogspot.com. Blog ini Menceritakan Secara Ringkas Mengenai Negeri Terengganu Darul Iman - Bandaraya Warisan Pesisir Air. Selamat Mengenali Negeri Terengganu di Hatiku Selalu. Semoga Bermanfaat Untuk Pengetahuan Anda. Terima Kasih!

Isnin, Mei 10, 2010

Entri 27 : Istiadat Konvokesyen Kali Pertama UDM 2009


Rasanya ada di antara anda yang pernah tahu mengenai Istiadat Konvokesyen Kali Pertama UDM 2009. Penulis juga ingin berkongsi pengalaman penulis yang turut berkonvokesyen semasa istiadat konvokesyen tersebut yang diadakan pada 14 hb Julai hingga 17 hb Julai 2009.

Penulis bersiap sedia dengan jubah dan topi konvokesyen untuk Istiadat Konvokesyen Kali Pertama UDM 2009 pada hari ketiga ia diadakan. Senyuman ceria di pagi hari menzahirkan rasa kesyukuran kerana berjaya menamatkan pengajian di peringkat diploma.

Buat julung kalinya, UDM berjaya menganjurkan istiadat konvokesyen ini setelah beberapa kali ditangguhkan di atas sebab yang tidak disengajakan. Ini juga merupakan istiadat konvokesyen kali pertama diadakan di atas nama UDM selepas Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) dinaiktarafkan sebagai Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) pada tahun 2006.

Selepas tiga tahun tidak berpesta konvokesyen, akhirnya istiadat ini telah sempurna diadakan di mana melibatkan seramai 3 ribu graduan-graduan yang berjaya menamatkan pembelajaran mereka dan memenuhi syarat-syarat ditetapkan di UDM. Tahniah laa diucapkan kepada semua graduan yang telah merasa pengalaman naik pentas untuk menerima skrol penganugerahan bagi fakulti masing-masing.

Termasuklah diri penulis sendiri tahniah juga dan insyaAllah sekarang ini sudah tidak sabar merasa pengalaman untuk naik pentas sekali lagi menerima penganugerahan Ijazah pula selepas ini. Iya lah kan, bukan senang penulis hendak mengawal perasaan gemuruh di hadapan beribu khalayak ramai yang hadir di dalam Dewan Al-Muktafi Billah Shah yang besar tu...

Rakan penulis menerima skrol penganugerahan diploma beliau.

Suasana di dalam Dewan Al-Muktafi Billah Shah. Masing-masing ceria menanti giliran mereka dipanggil untuk naik ke pentas.




Penulis dan rakan-rakan yang turut meraikan hari bersejarah ini. Peluang yang susah untuk dirasai selalu memang cukup berharga bagi kami semua.

Haa..tengok itu jurugambar. Semua gambar mahu diambilnya. Memang kreatif oiitt.



Suasana di luar dewan selepas selesai istiadat konvokesyen bagi sesi penulis dan rakan-rakan. Betapa ramainya kaum keluarga yang sanggup datang dari jauh.

Ini pula adalah tandas awam yang disediakan untuk orang ramai yang mahu menggunakannya. Memang cukup comel dan menarik tandas ini.haha

Istiadat ini diadakan untuk dua sesi setiap hari, iaitu sesi pagi dan petang. Keluarga para graduan UDM berkesempatan ke Pesta Konvokesyen UDM di mana pelbagai gerai disediakan sama ada untuk menjual perkhidmatan, barang dan juga aksesori. Gerai menjual gubahan pelbagai jenis bunga yang menarik serta gerai perkhidmatan mengambil gambar mahasiswa/wi dan keluarga memang amat laku semasa pesta konvokesyen ini.

Saya mahu cetak entri ini.

2 komen sahaja:

Qaisara Abaya berkata...

salam..thniah..hm d udm nk grad utk dgree awk thu x band brapa..

MadamIchah berkata...

salam nur..minta maasf baru baca komen. ehhe
kat sini rasanya band dua dengar2 citer dah ok. tapi ada juga dengar starting band 3 skang nie.

not sure juga ;)

Catat Ulasan