Assalamualaikum w.b.t. Salam Ceria, Salam Mesra dan Salam Satu Terengganu dari Penulis terengganucunsokmo.blogspot.com. Blog ini Menceritakan Secara Ringkas Mengenai Negeri Terengganu Darul Iman - Bandaraya Warisan Pesisir Air. Selamat Mengenali Negeri Terengganu di Hatiku Selalu. Semoga Bermanfaat Untuk Pengetahuan Anda. Terima Kasih!

Selasa, Mei 25, 2010

Entri 40 : The Store Kemaman


Apa yang anda mahu tahu mengenai Kompleks Membeli-belah The Store? Sudah namanya pun shopping complex, sudah pasti di sini terdapat banyak deretan kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis kelengkapan dan keperluan harian yang disediakan khas untuk anda.

Kompleks Membeli-belah The Store mempunyai setiap cawangan yang khusus di setiap negeri di Malaysia. Di Negeri Terengganu Darul Iman, terdapat dua cawangan utama iaitu di daerah Kuala Terengganu dan daerah Kemaman. Penulis ingin mengajak anda meninjau bersama apa yang ada di cawangan The Store daerah Kemaman.

Jalan Sulaimani ini akan anda temui jika anda ingin pergi ke Kompleks Membeli-belah The Store Kemaman. Lihat replika Tengkolok Raja di atas, ini juga merupakan salah satu latar belakang yang menarik jika anda ingin bergambar di sini. hehe

Di Kompleks Centre Point inilah letaknya cawangan The Store Kemaman yang begitu gah bangunannya di tengah-tengah bandar Chukai, Kemaman.

Kompleks Centre Point merupakan bangunan bertingkat yang telah dibahagikan mengikut bahagian unit kedai masing-masing. Cawangan The Store Kemaman terletak di aras paling bawah di kompleks ini. Di sini terdapat banyak deretan kedai-kedai yang menjual pakaian, tudung, selendang, kedai kosmetik, kedai barang kemas, kafe siber, kedai telefon, kedai runcit, kedai kasut dan juga kedai-kedai lain. Bahagian barangan runcit seperti makanan, minuman, buah-buahan segar, barangan plastik dan barang kegunaan harian seperti sabun dan sebagainya juga terdapat di The Store Kemaman.

Di sebelah kanan gambar di atas ini, merupakan bahagian barangan runcit yang terdapat di The Store Kemaman.

Di antara deretan kedai-kedai yang tersedia di The Store Kemaman. Kebanyakkan peniaga-peniaga di sini bermurah hati untuk menurunkan harga jualan mereka jika anda bijak menawar dan bermain kata dengan mereka. haha. Anda juga pasti akan berpuas hati dengan layanan yang cukup mesra di sini.

Bangunan utama yang menjadi tumpuan ramai pelancong dari luar daerah Kemaman adalah Hotel Marjan dan Kompleks Membeli-belah Casa Limbong. Kedua-dua bangunan ini terletak berhadapan dengan Kompleks Centre Point Kemaman. Kedudukannya begitu strategik dan sesuai amat jika anda ingin menginap di Hotel Marjan sambil membeli-belah di Kemaman.

Hotel Marjan yang menjadi tumpuan pelancong luar untuk bermalam di daerah Kemaman.

Jika anda berminat untuk menginap di Hotel Marjan, datang sahaja ke alamat di bawah ini.

Jalan Lebai Saras,
PT 14633, Kemaman Centre Point,
24000 Kemaman,
Terengganu Darul Iman.

Telefon : 09-858 6767
Fax : 09-858 5225

Kompleks Membeli-belah Casa Limbong yang baru dibuka untuk orang ramai dan turut menjadi tumpuan utama untuk datang ke sini.

Saya mahu cetak entri ini.

0 komen sahaja:

Catat Ulasan