Assalamualaikum w.b.t. Salam Ceria, Salam Mesra dan Salam Satu Terengganu dari Penulis terengganucunsokmo.blogspot.com. Blog ini Menceritakan Secara Ringkas Mengenai Negeri Terengganu Darul Iman - Bandaraya Warisan Pesisir Air. Selamat Mengenali Negeri Terengganu di Hatiku Selalu. Semoga Bermanfaat Untuk Pengetahuan Anda. Terima Kasih!

Sabtu, Mei 15, 2010

Entri 33 : Felda Mengkawang


Bas UDM melangkah keluar dan masuk ke Felda Mengkawang dengan begitu gahnya. Terima kasih untuk pak cik pemandu bas juga. hehe.

Felda Mengkawang - merupakan satu perumahan felda yang terletak di Kuala Berang, daerah hulu Terengganu. Felda Mengkawang telah menerima seramai 150 orang peserta program anak angkat dari projek ko-kurikulum khidmat masyarakat Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) sempena Karival Pendidikan Juara Rakyat peringkat daerah Hulu Terengganu.

Tatkala bas UDM melangkah masuk ke perumahan Felda Mengkawang, penulis terasa kagum dengan keindahan kawasannya yang mendamai hijaunya. Begitu cantik panorama dan permandangan di felda ini. Cukup menggamit hati penulis untuk datang lagi ke sini.

Haaa..jika anda ingin tahu...

Felda Mengkawang merupakan salah satu felda yang tercantik dan termaju di Negeri Terengganu di mana felda ini pernah menerima anugerah felda tercantik mengikut kategori yang dipertandingkan. Rata-rata rumah di kawasan felda telah menerima kemudahan rangkaian Astro sepenuhnya bagi memudahkan lagi hubungan dengan dunia luar.

Penulis secara tidak rasminya telah menjadi anak angkat kepada pak dan mak seperti nama di atas. Salah satu keluarga di Felda Mengkawang yang cukup peramah dan baik hati.

Inilah kediaman tetap milik keluarga angkat penulis di Felda Mengkawang. Biar sederhana asalkan rezeki itu halal kan. Anda nampak tak pemandu kereta di dalam gambar?

Di antara rumah felda yang terdapat di Felda Mengkawang. Setiap rumah memang cukup unik dan menarik hati kami semua sebagai peserta dari luar.



Rakan penulis memberikan gaya istimewa di salah satu landskap menarik yang terdapat di Felda Mengkawang.

Jadi, jika anda ingin lari jauh dari kesibukan bandar dan kota - jangan segan untuk singgah sahaja di Felda Mengkawang kerana berdekatan dengan kawasan ini juga terdapat beberapa tempat perlancongan dan percutian lain yang cukup menarik untuk anda sama jelajahi.

Penulis akan menarik perhatian anda mengenai tempat-tempat menarik di sini pada entri yang akan datang.

Jom cuti-cuti di Felda Mengkawang!

Saya mahu cetak entri ini.

1 komen sahaja:

isahmohd berkata...

menarik..:)
untk pgetahuan penulis..sye skg sdg mencari tmpt untk progaram khidmat msyrakat..bole penulis mbantu saya?

Catat Ulasan