Assalamualaikum w.b.t. Salam Ceria, Salam Mesra dan Salam Satu Terengganu dari Penulis terengganucunsokmo.blogspot.com. Blog ini Menceritakan Secara Ringkas Mengenai Negeri Terengganu Darul Iman - Bandaraya Warisan Pesisir Air. Selamat Mengenali Negeri Terengganu di Hatiku Selalu. Semoga Bermanfaat Untuk Pengetahuan Anda. Terima Kasih!

Isnin, Mei 10, 2010

Entri 28 : Kompleks Mesra Mall


Mesra Mall merupakan satu kompleks membeli belah yang terletak di Kemasik, daerah Kemaman. Kedudukan kompleks ini yang strategik terletak di tengah laluan di antara Bandar Kerteh dan Kemasik menjadikan ia tempat tumpuan orang ramai di sekitarnya untuk membeli- belah.


Sila klik Mesra Mall.

Mesra Mall merupakan hak milik Petronas Berhad dan fokus utamanya juga adalah untuk disasarkan kepada staff dan kakitangan Petronas disebabkan jarak kompleks ini yang amat dekat dengan Kompleks Petroleum Petronas.

Di kompleks ini, terdapat banyak kedai-kedai yang disediakan. Di antaranya ialah kedai Big Apple Doughnut, Kedai Buku Popular, kedai kek, kedai pakaian, Pasaraya TMC dan banyak lagi kedai-kedai yang lain. Jika anda datang ke sini, tidak susah untuk mencari kedai pilihan anda, kerana susunan kedainya sama sahaja seperti di Giant dan juga Mydin Mall.

Salah satu jalan masuk ke Kompleks Mesra Mall yang anda boleh gunakan.





Pusat membeli-belah Mesra Mall yang dibina dengan keluasan 30 hektar menjadi satu pusat tumpuan baru bagi pembeli dan pelancong luar yang datang ke Negeri Terengganu.
Dengan Suria KLCC Sdn Bhd yang menguruskan sistem operasi, Kompleks Mesra Mall dibangunkan oleh KLCC (Holdings) Sdn Bhd melalui dua anak syarikatnya - iaitu Metro Kemasik Sdn Bhd dan KLCC Projek Sdn Bhd.

Kompleks kedai di sini pula terdiri daripada 40 unit gerai runcit, 12 unit warung makan (dalam satu dewan makan, 2 restoran dan kafe, 2 bank, dan gerai 2 push-cart utama). Bagi anak-anak muda yang sukakan hiburan, anda boleh ke gelanggang futsal, panggung wayang, pusat bowling dan gelanggang squash yang turut disediakan di sini.

Penulis merasakan bahawa Kompleks Mesra Mall ini akan berfungsi sebagai satu pemangkin untuk pembangunan komersial di daerah Kemaman dan juga Negeri Terengganu, kerana dengan adanya kompleks ini secara tidak langsung telah menyediakan lebih kurang 500 peluang pekerjaan bagi penduduk sekitar daerah Kemaman.

Saya mahu cetak entri ini.

0 komen sahaja:

Catat Ulasan