Assalamualaikum w.b.t. Salam Ceria, Salam Mesra dan Salam Satu Terengganu dari Penulis terengganucunsokmo.blogspot.com. Blog ini Menceritakan Secara Ringkas Mengenai Negeri Terengganu Darul Iman - Bandaraya Warisan Pesisir Air. Selamat Mengenali Negeri Terengganu di Hatiku Selalu. Semoga Bermanfaat Untuk Pengetahuan Anda. Terima Kasih!

Ahad, Mei 09, 2010

Entri 25 : Program Boat On The Road


Bermula pada o7 hb Mei sehingga 09 hb Mei 2010 - sedang berlangsungnya "Program Boat On The Road" yang diadakan di Tasik Kenyir.

Habuan RM10,000 untuk pemenang program memancing "Boat on The Road" ini turut digandakan dengan tawaran RM20,000 daripada Kerajaan Negeri Terengganu kepada peserta yang memperoleh ikan naga (Arapaima gigas).

Program tiga hari ini merupakan anjuran TV3 dan Unit Joran Berita Harian dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu yang bertujuan membantu mempromosikan sukan memancing di Tasik Kenyir serta pelbagai produk baru pelancongan di Negeri Terengganu Darul Iman.

Bagi menjayakan program ini, Menteri Besar Negeri Terengganu, Dato' Ahmad Bin Said, telah menyerahkan sumbangan RM150,000 bagi membiayai sebahagian kos penganjurannya kepada Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima, Dato' Ahmad A Talib, di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini, Terengganu.

Kerajaan Negeri Terengganu sebelum ini hanya menawarkan RM10,000 kepada pemancing yang berjaya menaikkan ikan dari Lembah Amazon itu yang dikatakan terlepas ke Tasik Kenyir, bagi mengelaknya membiak serta mengancam spesies ikan tempatan.

“Sesiapa yang berjaya menaikkan ikan naga arapaima gigas ini pada asalnya akan menerima RM10,000 tetapi sempena program ini hadiahnya akan digandakan kepada RM20,000,” katanya Dato' Ahmad Bin Said kepada wartawan semasa sidang media yang juga diadakan di Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

Hadir sama pada sidang media itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar Negeri, Toh Chin Yaw; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Dato' Za'abar Mohd Adib, dan Editor Lidah Pengarang Berita Harian, Encik Kamal Ahmad.

Dato' Ahmad berkata, program memancing itu diadakan di Sungai Mandak, Tasik Kenyir dan menguatkuasakan konsep tangkap dan lepas. Spesies sasaran ialah ikan toman dan sebarau selain peluang memperoleh spesies kalui, baung, dan tapah.

Sementara itu, Dato' Ahmad berkata, program itu membabitkan 150 hingga 200 peserta menaiki 50 kenderaan pacuan empat roda (4x4) yang melakukan konvoi dari Sri Pentas, Kuala Lumpur ke Tasik Kenyir pada jam 8 pagi, bermula 7 hb Mei melalui daerah Kemaman dan daerah Dungun sebelum memasuki jalan pintas ke Bukit Besi, Dungun kemudian akan melalui daerah Kuala Berang terus menuju ke Tasik Kenyir.

Program ‘Boat On The Road’ dianjurkan sempena slot siaran Jelajah Joran TV3 yang dijadualkan ke udara di TV3 pada pertengahan Mei ini.

"TV3 dan Berita Harian sangat berbesar hati kerana pemimpin besar seperti Dato' Ahmad Bin Said sudi menyertai serta mengetuai ekspedisi konvoi ini. Kami sangat berbangga dengan kesudian kerajaan Negeri Terengganu memberi kerjasama serta sumbangan untuk menjayakan program ini."

“Kita yakin program ini akan membantu Kerajaan Negeri Terengganu untuk mempromosikan tempat perlancongan seperti Tasik Kenyir dan juga Negeri Terengganu kepada pelancong daripada luar sebagai satu destinasi memancing yang sangat menarik di negara ini,”

Dalam perkembangan berkaitan, Dato' Ahmad Bin Said menambah, setiap peserta dikenakan yuran RM250 untuk menikmati pakej penginapan di Resort Tasik Kenyir, jamuan makan malam dan cenderamata dari pihak penaja. Peserta juga turut menikmati tujuh kali hidangan makan di atas bot yang kebanyakan dilengkapi siaran televisyen satelit.

“Program ini bukan setakat memancing tetapi menikmati percutian dan hidangan makanan yang cukup menyeronokkan.”

Emm...

Memang menarik program yang ditawarkan jarang-jarang sekali hasil kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu dan juga beberapa pihak berkaitan. Penulis mengesyorkan kepada anda semua, jika ada peluang sebegini lagi pada tahun hadapan, cepat-cepat lah mendaftarkan diri anda.

Saya mahu cetak entri ini.

0 komen sahaja:

Catat Komen