Assalamualaikum w.b.t. Salam Ceria, Salam Mesra dan Salam Satu Terengganu dari Penulis terengganucunsokmo.blogspot.com. Blog ini Menceritakan Secara Ringkas Mengenai Negeri Terengganu Darul Iman - Bandaraya Warisan Pesisir Air. Selamat Mengenali Negeri Terengganu di Hatiku Selalu. Semoga Bermanfaat Untuk Pengetahuan Anda. Terima Kasih!

Jumaat, Mei 14, 2010

Entri 32 : Kanival Pendidikan Juara Rakyat


Karnival Pendidikan Juara Rakyat - merupakan satu program yang julung kali diadakan di setiap daerah di Negeri Terengganu Darul Iman. Penulis berpeluang merasai sendiri pengalaman menyertai satu program anak angkat sempena Program Juara Rakyat peringkat Hulu Terengganu yang telah diadakan pada bulan Februari 2010 yang lepas.





Inilah suasana semasa Majlis Perasmian Karnival Pendidikan Juara Rakyat Peringkat Hulu Terengganu dan juga Majlis Penyerahan Anak Angkat. Penyertaan amat menggalakkan dengan kehadiran penduduk kampung dan orang kenamaan yang memeriahkan suasana.

Program Anak Angkat Juara Rakyat diadakan pada 04 hb Februari hingga 06 hb Februari 2010 di Kuala Berang, Hulu Terengganu. Seramai kira-kira 300 orang peserta dari UDM Kampus Kusza terpilih untuk menyertai program anak angkat ini. Penulis dan beberapa rakan dipilih menyertai kerana kami merupakan pelajar ko-kurikulum Projek Khidmat Masyarakat di UDM. Walaupun tempoh masa bersama keluarga angkat terlalu pendek, tetapi dengan masa hanya 3 hari di daerah Hulu Terengganu, peluang yang diberi kami gunakan sebaik mungkin.

Wakil dari UDM - Ustaz Rusdi Bin Muda membacakan senarai nama pelajar-pelajar dan nama kampung yang bakal mereka tinggal selama 3 hari 2 malam di sini.


Di antara pelajar-pelajar UDM yang terpilih. Masing-masing berdebar menantikan saat diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing.





Gambar (1), (2), (3), (4) dan (5) - Haa..inilah saat yang dinantikan semua pelajar ko-kurikulum Projek Khidmat Masyarakat sahaja. Masing-masing telah selamat diserahkan kepada keluarga angkat yang terpilih iaitu di Felda Mengkawang, Hulu Terengganu.

Jadi jika anda ingin mencari keluarga angkat, pergi sahaja ke Felda Mengkawang. Kenapa penulis berkata sedemikian? Kerana Felda Mengkawang merupakan di antara perumahan felda yang tercantik dan termaju di Negeri Terengganu. Cerita seterusnya mengenai Felda Mengkawang akan penulis ceritakan pada entri yang seterusnya.

Jadi apa tunggu lagi kan? Jom jalan-jalan di Negeri Terengganu.


Saya mahu cetak entri ini.

0 komen sahaja:

Catat Komen