Assalamualaikum w.b.t. Salam Ceria, Salam Mesra dan Salam Satu Terengganu dari Penulis terengganucunsokmo.blogspot.com. Blog ini Menceritakan Secara Ringkas Mengenai Negeri Terengganu Darul Iman - Bandaraya Warisan Pesisir Air. Selamat Mengenali Negeri Terengganu di Hatiku Selalu. Semoga Bermanfaat Untuk Pengetahuan Anda. Terima Kasih!

Isnin, Mei 31, 2010

Entri 42 : Hai Peng Kopitiam



Hai Peng Kopitiam - Selain daripada Kemaman Cendol Kopitiam, Hai Peng Kopitiam merupakan salah sebuah kopitiam yang memang amat popular dan menjadi tumpuan kebanyakkan pelanggan daripada pelbagai kaum di daerah Kemaman. Kedudukan Hai Peng Kopitiam yang terletak di simpang masuk ke Bandar Chukai ini selalu menarik perhatian pelanggan untuk singgah dan menjamu selera di sini, tidak kiralah pelanggan itu terdiri daripada kaum China, kaum Melayu dan juga kaum India.

Pelancong-pelancong asing dan juga pelancong-pelancong dari luar daerah Kemaman turut tidak melepaskan peluang untuk mencuba menu yang terdapat di Hai Peng Kopitiam ini yang telah mencetuskan fenomena dan selalu membuatkan penulis terfikir apakah keistimewaannya di Hai Peng Kopitiam.

Nahh...anda terliur tak melihat makanan yang terhidang ini?

** Inilah dia menu utamanya. Air kopi istimewa untuk penggemar kopi.

** Menu roti yang berintikan kaya. Inti kaya ini dikatakan menjadi igauan pelanggan-pelanggan untuk datang ke Hai Peng Kopitiam. Anda juga teringin untuk merasa menu ini?

** Ini pula menu ice-blended coffee yang dicampur aiskrim. Memang sedap jika dinikmati semasa cuaca panas dan boleh menyegarkan tekak anda yang kering itu.

** Haah..jangan tidak tahu. Di sini pun ada menu nasi dagang tau. Khas untuk anda yang mencari menu berasaskan nasi di Hai Peng Kopitiam. hehe. Menu nasi lemak pun ada dijual di sini.

Hai Peng Kopitiam ini diasaskan oleh pengurusnya yang berbangsa China. Jika anda yang berbangsa China ingin mencuba menu di sini, jangan tunggu lama-lama ye. Boleh berkunjung ke lokasi berikut :

Hai Peng Kopitiam
No. 3753 Jalan Sulaimani,
Bandar Chukai,
24000 Kemaman,
Terengganu Darul Iman.

Hubungi : 09 - 859 7810

Waktu Operasi :

Dari jam 6.45 pagi hingga jam 6 petang


Maklumat lanjut di sini. (** sumber internet)

Jika anda yang bukan berbangsa China tetapi ingin juga datang ke kopitiam ini, silakan. Tetapi penulis tidak mengesyorkan anda untuk datang ke kopitiam ini terlalu kerap. Pilihlah lokasi kopitiam lain yang berdekatan dengan anda dan lagi terjamin - seperti Kemaman Cendol Kopitiam.

Ahad, Mei 30, 2010

Entri 41 : Kompleks Membeli-Belah Casa Limbong


Jika anda sudah menjejakkan kaki ke Kompleks Centre Point dan juga The Store di daerah Kemaman, apa kata anda teruskan langkah anda menuju ke Kompleks Membeli-Belah Casa Limbong. Usah risau jika anda mungkin terasa penat. Anda tidak perlu melangkah terlalu jauh, kerana Kompleks Membeli Belah Casa Limbong hanya terletak berhadapan dengan Kompleks Centre Point Kemaman. Pejam mata sekelip pun, anda akan sampai ke sini. Tetapi janganlah pula anda berjalan sambil mata terpejam rapat. Jika tersilap langkah, terjunam ke dalam longkang la jawabnya nanti. hehe...



Kompleks Membeli-Belah Casa Limbong baru sahaja dibuka untuk orang ramai sejak tiga tahun yang lepas. Anda tidak akan sukar untuk membeli-belah di sini kerana konsep kedai di sini sama sahaja dengan susunan kedai-kedai di kompleks membeli-belah lain yang selalu anda kunjungi dari segi struktur deretan kedai-kedai yang terletak di aras atas dan bawah kompleks ini.

Selain kemudahan tandas awam yang berbayar, kemudahan eskalator dan tangga turut disediakan untuk memudahkan pergerakan anda sebagai pengunjung turun dan naik ke aras atas kompleks ini. Jika anda ingin bersolat dahulu sebelum membeli-belah, jangan risau kerana di sini juga terdapat kemudahan Surau Putih Casa Limbong yang telah dibina bersekali dengan Kompleks Membeli-Belah Casa Limbong.

Di aras atas kompleks ini - terdapat banyak deretan kedai emas, kedai menjahit tempahan pakaian, kot dan sebagainya, kedai menjual baju muslimah dan juga tudung serta kedai menjual kain sutera pasang.

Di aras bawah pula - kebanyakkan kedai-kedai di aras bawah menjual pelbagai aneka barangan dan perkhidmatan termasuklah produk-produk untuk kesihatan diri anda sekeluarga. Apa yang anda ingin cari, semuanya boleh didapati dengan harga yang amat berpatutan di sini.

Pada setiap bulan, di ruangan legar aras bawah Kompleks Membeli-Belah Casa Limbong - selalu diadakan bazar jualan mega pelbagai barangan yang menarik dan sesuai yang dijual dengan harga yang agak murah untuk anda dapatkan hanya di sini. Kebiasaannya bazar jualan ini selalu diadakan setiap kali musim cuti sekolah, musim perayaan dan jika ada permintaan menggalakkan dari orang ramai.

Apa yang menariknya juga, di kawasan yang menempatkan Kompleks Centre Point Kemaman, The Store Kemaman dan Kompleks Membeli-Belah Casa Limbong ini merupakan pusat tumpuan utama untuk rakyat di daerah Kemaman membeli-belah. Selain tiga kompleks utama ini, deretan kedai kuning ataupun Yellow Town juga selalu mencuri perhatian untuk penulis dan keluarga datang ke sini.

Anda mahu tahu apa itu Yellow Town? Yellow Town merupakan deretan kedai-kedai yang kesemuanya bercat warna kuning. Menarik bukan tempat ini? Haah...anda kenalah datang selalu ke daerah Kemaman.

Apa tunggu lagi. Mari membeli-belah di Negeri Terengganu Darul Iman.

Selasa, Mei 25, 2010

Entri 40 : The Store Kemaman


Apa yang anda mahu tahu mengenai Kompleks Membeli-belah The Store? Sudah namanya pun shopping complex, sudah pasti di sini terdapat banyak deretan kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis kelengkapan dan keperluan harian yang disediakan khas untuk anda.

Kompleks Membeli-belah The Store mempunyai setiap cawangan yang khusus di setiap negeri di Malaysia. Di Negeri Terengganu Darul Iman, terdapat dua cawangan utama iaitu di daerah Kuala Terengganu dan daerah Kemaman. Penulis ingin mengajak anda meninjau bersama apa yang ada di cawangan The Store daerah Kemaman.

Jalan Sulaimani ini akan anda temui jika anda ingin pergi ke Kompleks Membeli-belah The Store Kemaman. Lihat replika Tengkolok Raja di atas, ini juga merupakan salah satu latar belakang yang menarik jika anda ingin bergambar di sini. hehe

Di Kompleks Centre Point inilah letaknya cawangan The Store Kemaman yang begitu gah bangunannya di tengah-tengah bandar Chukai, Kemaman.

Kompleks Centre Point merupakan bangunan bertingkat yang telah dibahagikan mengikut bahagian unit kedai masing-masing. Cawangan The Store Kemaman terletak di aras paling bawah di kompleks ini. Di sini terdapat banyak deretan kedai-kedai yang menjual pakaian, tudung, selendang, kedai kosmetik, kedai barang kemas, kafe siber, kedai telefon, kedai runcit, kedai kasut dan juga kedai-kedai lain. Bahagian barangan runcit seperti makanan, minuman, buah-buahan segar, barangan plastik dan barang kegunaan harian seperti sabun dan sebagainya juga terdapat di The Store Kemaman.

Di sebelah kanan gambar di atas ini, merupakan bahagian barangan runcit yang terdapat di The Store Kemaman.

Di antara deretan kedai-kedai yang tersedia di The Store Kemaman. Kebanyakkan peniaga-peniaga di sini bermurah hati untuk menurunkan harga jualan mereka jika anda bijak menawar dan bermain kata dengan mereka. haha. Anda juga pasti akan berpuas hati dengan layanan yang cukup mesra di sini.

Bangunan utama yang menjadi tumpuan ramai pelancong dari luar daerah Kemaman adalah Hotel Marjan dan Kompleks Membeli-belah Casa Limbong. Kedua-dua bangunan ini terletak berhadapan dengan Kompleks Centre Point Kemaman. Kedudukannya begitu strategik dan sesuai amat jika anda ingin menginap di Hotel Marjan sambil membeli-belah di Kemaman.

Hotel Marjan yang menjadi tumpuan pelancong luar untuk bermalam di daerah Kemaman.

Jika anda berminat untuk menginap di Hotel Marjan, datang sahaja ke alamat di bawah ini.

Jalan Lebai Saras,
PT 14633, Kemaman Centre Point,
24000 Kemaman,
Terengganu Darul Iman.

Telefon : 09-858 6767
Fax : 09-858 5225

Kompleks Membeli-belah Casa Limbong yang baru dibuka untuk orang ramai dan turut menjadi tumpuan utama untuk datang ke sini.

Isnin, Mei 24, 2010

Entri 39 : Bukit Keluang


Bukit Keluang
- Di tempat inilah sering kali diperkatakan rakyat Negeri Terengganu sebagai lembah ilmu ataupun lembah untuk menimba ilmu pengetahuan. Mungkin kerana disebabkan di kawasan berdekatan dengan Bukit Keluang telah menempatkan beberapa kem bina negara yang tidak asing lagi di kalangan rakyat sekitar Negeri Terengganu Darul Iman yang selalu datang ke mari untuk mengikuti pelbagai kursus dan aktiviti yang dianjurkan oleh pelbagai pihak.

Sekitar pada bulan Mac tahun 2009, penulis telah berpeluang mendaki ke puncak Bukit Keluang bersama rakan-rakan pelajar dari UDM. Modul aktiviti mendaki ke puncak Bukit Keluang ini merupakan modul terakhir bagi penulis dan rakan-rakan yang telah mengikuti dengan jayanya Kursus Bina Negara Mahasiswa Asas Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) Terengganu yang dianjurkan oleh Biro Tatanegara Negeri Terengganu dan bertempat di Kem Damai, daerah Besut, Terengganu Darul Iman.

Permandangan di tepi Pantai Keluang di Kem Damai, Besut. Model di dalam gambar ini adalah salah seorang fasilitator terlatih dari Biro Tatanegara yang cukup bersemangat memberi kami motivasi sepanjang Kursus Bina Negara Mahasiswa Asas UDM ini diadakan.

Berhampiran dengan Kem Damai juga terdapat beberapa lagi Kem Bina Negara lain yang selalu digunakan oleh pihak luar untuk berkursus dan melakukan aktiviti lasak seperti "flying fox" dan "jungle trekking". Setiap kem-kem ini telah dibina dengan pelbagai kemudahan yang disediakan dengan cukup lengkap sekali. Kem Damai yang dihuni oleh penulis juga amat cantik dan selesa sekali dengan kemudahan penghawa dingin juga turut tersedia di kem ini.


Penulis dan rakan-rakan merakamkan suasana di dalam hutan semasa mendaki ke puncak Bukit Keluang. Kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan kemudiannya dilepaskan ke dalam hutan secara bergilir-gilir mengikut kumpulan masing-masing.

Haah..inilah gambar yang dirakamkan ketika kami sampai di atas puncak Bukit Keluang menggunakan kamera rakan penulis. Begitu cantik permandangannya dan juga memang menarik bukan?




Anda berminat untuk merakamkan gambar permandangan sebegini? Apa tunggu lagi...

Struktur Bukit Keluang yang berbatu keras dengan kecuraman bukitnya adalah 90 darjah persegi dikatakan amat berbahaya jika anda tidak berhati-hati sepanjang pendakian. Tetapi anda tidak perlu risau kerana kemudahan keselamatan iaitu pemegang besi, tangga, dan laluan pejalan kaki yang telah diubahsuai turut disediakan di sepanjang jalan menuju ke puncak Bukit Keluang. Pendakian ini juga cuma mengambil masa sekitar 45 minit sahaja untuk satu hala pendakian.

Tangga ini disediakan untuk anda turun ke bawah kaki Bukit Keluang.

Lihat gambar ini. Inilah wajah-wajah kami semua yang amat seronok kerana berjaya menawan puncak Bukit Keluang walaupun masing-masing begitu keletihan nampaknya yee.

Jika anda sukakan aktiviti yang lasak sebegini dan mahu mencuba pengalaman mendaki ke puncak Bukit Keluang yang cukup curam ini, datang sahaja ke sini. Anda patut merasai pengalaman berkursus di sini sambil mencuba setiap aktiviti yang disediakan khas untuk anda!

Bukit Keluang ini patut ditawan oleh anda yang sukakan cabaran yang lasak dan pastinya turut mengeluarkan peluh anda juga kan? haha..

Khamis, Mei 20, 2010

Entri 38 : China Town Kuala Terengganu


Apa itu China Town? Bagi rakyat Negeri Terengganu, pasti sudah tahu mengenai kewujudan China Town atau dalam bahasa mudahnya sering kali dipanggil Kampung China. Penulis sendiri sudah banyak kali melalui jalan di kawasan China Town ini.

Kedudukannya yang terletak di tengah bandar Kuala Terengganu sering kali mencuri perhatian ramai pelancong dari luar yang pernah melalui jalan di sini. Ini kerana, struktur deretan bangunan kedai yang bersejarah dan unik sebegini memang susah untuk dijumpai di mana-mana tempat lain di Negeri Terengganu kan?

Cantik, menarik dan tertarik menggamit hati pelancong dari luar Negeri Terengganu untuk melawat tempat bersejarah ini. Anda bila lagi agaknya yee?

China Town memang amat unik dan bersejarah bagi kaum China khususnya. Menurut sejarah dahulu, China Town merupakan tinggalan bangunan tua pada zaman peperangan lagi di Jalan Kampung China. Bangunan-bangunan lama ini dipercayai sebagai tempat tinggal bagi sebilangan kaum China yang tiba di Semenanjung Malaysia pada abad ke-19 lagi.

Sebahagian besar rumah yang dibina adalah berasaskan bata atau struktur konkrit di tingkat bawah manakala di tingkat atas pula, lantainya diperbuat daripada kayu. Jika anda berpeluang datang ke China Town, anda akan dapati beberapa bangunan kedai di sini masih lagi utuh dan teguh ukiran kayunya yang terdapat pada pintu dan juga jendela. Manakala sebahagian lagi bangunan kedainya sudah diubahsuai dan dikemaskini menjadi bangunan konkrit yang moden.

Bangunan kedai di sini menempatkan di antaranya kedai kopi tempatan, pejabat-pejabat untuk beberapa pembekal utama, pengusaha batik, restoran dan juga kedai-kedai cenderamata. Ada juga bangunan di sini yang dijadikan tempat tinggal bagi kaun China. Yang menariknya juga, terdapat beberapa bangunan kedai yang turut dibeli oleh orang luar untuk diubahsuai dan dijadikan sebagai tempat perniagaan mereka.

A'ah..jika anda ingin tahu lagi, keunikan yang paling terserlah di China Town adalah bentuk ukiran atap panjang yang berwarna-warni yang terdapat pada pintu gerbang di sini. Sudah ramai pelancong dari luar yang telah berpeluang menjadikan keunikan atap ini sebagai tempat memotret yang unik dan indah di dalam kamera digital masing-masing terutamanya di malam hari sebelum matahari menghilang dari langit.


Inilah keunikan atapnya yang berwarna-warni. Memang cukup cantik jika dijadikan sebagai tempat kenang-kenangan anda di sini kan? haha.

Penulis juga cukup tertarik dengan kewujudan sebuah Kuil China Ho Ann Kiong yang berwarna merah turut berdiri megah pada satu sudut di China Town. Kebanyakan kaum China tempatan di sini amat percaya bahawa 'Dewi' kuil ini selalu memberikan mereka 'bimbingan' dan 'perlindungan' apabila mereka ditimpa kesusahan. Disebabkan itu, kuil ini tidak putus-putus dikunjungi kaum China di sekitar Negeri Terengganu untuk menebus setiap kesalahan mereka.

Kuil Ho Ann Kiong di China Town. Kuil ini menjadi tempat tumpuan kaum China di sekitarnya untuk beramal ibadat mengikut cara mereka.

Anda teruja ingin merakamkan saat-saat indah di sini?

Rabu, Mei 19, 2010

Entri 37 : Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang



Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang Peringkat Hulu Terengganu - Jikalau anda ingin tahu, di dalam bidang pendidikan juga tidak terkecuali, Kerajaan Negeri Terengganu selalu memberikan penghargaan kepada mana-mana pelajar di negeri ini yang cemerlang di dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan juga di peringkat pengajian tinggi. Penghargaan berupa saguhati wang tunai dan sijil diberikan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang saban tahun.


Penulis sempat hadir di lokasi majlis yang turut diadakan bersempena dengan Majlis Penutup Karnival Pendidikan Juara Rakyat di salah sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan di Hulu Terengganu.

Anda mahu lihat gambar-gambar menarik? Jom tinjau bersama, Ok...




Suasana ketika Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang diadakan. Keluarga pelajar-pelajar cemerlang sabar menunggu giliran nama anak-anak mereka diumumkan ke hadapan.



Anda kenal siapa ini? A'ah...inilah dia Menteri Besar Terengganu kita, Y.A.B Dato' Ahmad Bin Said. Anak jati Kampung Teluk Kalong, Kemaman. ehe.

Isnin, Mei 17, 2010

Entri 36 : Motivasi Pelajar SK. Felda Mengkawang


Inilah lagaknya penulis dan seorang rakan sebelum menggalas tanggungjawab sebagai fasilitator untuk murid-murid SK. Felda Mengkawang. hehe. Seronok sangat gamaknya kan?

Haah..inilah dia satu lagi aktiviti yang penulis sertai semasa Program Anak Angkat di Felda Mengkawang. Motivasi Pelajar SK. Felda Mengkawang ini diadakan pada hari terakhir penulis berada di sini. Pelajar-pelajar yang terlibat terdiri daripada pelajar SK. Felda Mengkawang yang berada di tahun empat (4), tahun lima (5) dan tahun enam (6) sahaja. Penulis dan rakan-rakan berpeluang merasai pengalaman sebagai fasilitator kepada semua murid-murid ini yang telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Penulis tidak mahu bercerita panjang, biar gambar-gambar di bawah ini sahaja yang berbicara.










SK. Felda Mengkawang, di sini menjadi sekolah pilihan majoriti keluarga di Felda Mengkawang untuk menyekolahkan anak-anak mereka untuk menimba ilmu sebaik mungkin. Rata-rata penduduk di sini terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Hanya segelintir sahaja penduduk di sini yang benar-benar berkemampuan. Tetapi mereka semua sentiasa bekerjasama jika ada hal yang memerlukan khidmat semua.

Entri 35 : Sukaneka Rakyat


Sukaneka Rakyat - Tidak meriahlah sesuatu program yang diadakan secara besar-besaran jika tidak dimasukkan sekali pertandingan sukan rakyat di dalam agendanya. Begitu juga dengan Program Juara Rakyat yang disertai oleh penulis dan rakan-rakan, pertandingan sukaneka rakyat ini telah diadakan pada hari kedua penulis berkampung di daerah Hulu Terengganu.

Penyertaan yang diterima menggalakkan dengan melibatkan 4 buah kampung di sekitarnya, di mana penulis dan rakan-rakan turut bertanding dan mewakili Kampung Felda Mengkawang.
Perasaannya memang seronok tidak terkata, kerana ini merupakan pengalaman pertama kami dapat mencuba permainan tradisional buluh panjang. haha...kelakar sungguh saat kami bermain dek kerana kami tiada langsung pengetahuan untuk bermain permainan tradisional ini.

Tetapi di dalam keadaan tidak tahu apa-apa pun dengan bangganya - kami berjaya meraih tempat ketiga. haha. itulah keseronokan yang kami semua tidak dapat lupakan.









Lihatlah sendiri kemeriahannya di dalam gambar-gambar di atas. Anda teruja? Jom bersukaneka rakyat bersama-sama memeriahkan Negeri Terengganu Darul Iman!

Anda ingin merasai sendiri pengalaman bermain sukan rakyat sebegini, jangan segan untuk melibatkan diri anda di dalam mana-mana program yang dianjurkan di tempat yang berdekatan. Penulis juga akan turut menceritakan satu lagi aktiviti yang telah penulis rasai semasa program anak angkat ini di dalam entri yang seterusnya.