Assalamualaikum w.b.t. Salam Ceria, Salam Mesra dan Salam Satu Terengganu dari Penulis terengganucunsokmo.blogspot.com. Blog ini Menceritakan Secara Ringkas Mengenai Negeri Terengganu Darul Iman - Bandaraya Warisan Pesisir Air. Selamat Mengenali Negeri Terengganu di Hatiku Selalu. Semoga Bermanfaat Untuk Pengetahuan Anda. Terima Kasih!

Khamis, Jun 17, 2010

Entri 59 : Air Terjun Jeram Tanduk


Apabila anda sudah sampai di Bandar Chukai, daerah Kemaman, apa kata anda teruskan lagi perjalanan anda ke Kampung Air Puteh yang terletak kira-kira 32 kilometer jaraknya dari Bandar Chukai. Dengan jarak hanya 10 kilometer daripada Kampung Air Puteh, anda akan bertemu dengan satu lagi destinasi percutian yang tidak kurang menariknya, iaitu Air Terjun Jeram Tanduk.


Jika anda sudah merasai keseronokan mendaki lapan (8) tingkat air terjun di Air Terjun Jeram Penitih, perjalanan untuk sampai ke sini juga ada cabarannya dan amat sesuai bagi anda yang gemar akan suasana sebegini.

Air Terjun Jeram Tanduk terletak di Kampung Air Puteh, daerah Kemaman. Air terjun ini merupakan salah satu destinasi pelancongan dan perkelahan yang menarik serta mudah untuk dikunjungi kerana dikatakan amat terkenal dengan keindahan alam semula jadinya yang cantik.

Apa yang menariknya di kawasan Air Terjun Jeram Tanduk Air Puteh ini ialah terdapat banyak jenis jeram yang jarang ditemui di tempat lain. Di antaranya adalah Jeram Sisir, Jeram Kota, Jeram Gajah dan juga Jeram Galang. Anda harus melihat sendiri keunikan yang ada pada setiap jeram-jeram ini.

Di antara jeram-jeram yang terdapat di Air Terjun Jeram Tanduk yang mungkin akan menarik perhatian anda di sini.

Selain Air Terjun Jeram Tanduk ini sentiasa menjadi lokasi pilihan utama untuk berkelah dan berkhemah, di sini juga turut disediakan pakej untuk berkayak dan segala kelengkapan peralatan berkayak telah tersedia dengan lengkap. Tidak perlu bimbang kerana anda hanya perlu membawa badan sahaja. hehe


Saya mahu cetak entri ini.

4 komen sahaja:

Miss Oat 익명 berkata...

Boleh bagi maklumat macam mana nk pegi sana? Dri kemaman?

Miss Oat 익명 berkata...

Dari jambatan bukit kuang. Jln terus atau masuk kiri? Sy dari fikri

Miss Oat 익명 berkata...

Dari jambatan bukit kuang. Jln terus atau masuk kiri? Sy dari fikri

Miss Oat 익명 berkata...

Boleh bagi maklumat macam mana nk pegi sana? Dri kemaman?

Catat Ulasan