Khamis, Julai 08, 2010
Entri 77 : GBBS
Terpegun sebentar penulis apabila terpandangkan gerai ini. Siap dengan perkataan GBBS lagi. Terfikir juga penulis, apa itu GBBS. Oh ya, rupa-rupanya ia adalah singkatan daripada nama Gerai Buah-Buahan Segar. Begitu bermakna maksud GBBS ini ye.
Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS) yang terletak bersebelahan dengan Pasar Bandar Marang ini sering dikunjungi oleh pelanggan-pelanggan yang datang daripada dalam daerah dan juga luar daerah Marang. Kebanyakkan daripada pelanggan yang datang ke sini amat berpuas hati dengan kualiti buah-buahan tempatan yang dijual dan mengatakan bahawa buah-buahan yang terdapat di GBBS semuanya amat segar dan menepati kehendak pelanggan.
Harga yang ditawarkan di GBBS ini juga berpatutan dan tidak banyak berbeza berbanding harga buah-buahan yang dijual di tempat lain. Jika anda ingin mencari buah-buahan tempatan kegemaran anda, jangan lupa singgah sahaja ke GBBS. InsyaAllah anda pasti akan seronok berbelanja di sini.
Saya mahu cetak entri ini.
0 komen sahaja:
Catat Ulasan