Assalamualaikum w.b.t. Salam Ceria, Salam Mesra dan Salam Satu Terengganu dari Penulis terengganucunsokmo.blogspot.com. Blog ini Menceritakan Secara Ringkas Mengenai Negeri Terengganu Darul Iman - Bandaraya Warisan Pesisir Air. Selamat Mengenali Negeri Terengganu di Hatiku Selalu. Semoga Bermanfaat Untuk Pengetahuan Anda. Terima Kasih!

Selasa, Mei 04, 2010

Entri 22 : Bot Tambang Seberang Takir


Semasa Pesta Konvokesyen UDM Kali Pertama 2009 iaitu pada bulai Julai 2009 - rakan penulis dan keluarganya telah datang ke Negeri Terengganu Darul Iman untuk melancong sambil menghadiri jemputan ke Majlis Konvokesyen UDM rakan penulis. Keluarga rakan penulis ini berasal dari Felda Trolak, Perak Darul Ridzuan.

Semasa kunjungan mereka ke sini, penulis sempat membawa mereka menaiki bot tambang ke Seberang Takir. Walaupun penulis tahu mengenai bot tambang Seberang Takir, tetapi ini merupakan pengalaman pertama penulis menaiki bot tambang.

Ini merupakan tempat duduk pemandu bot tambang.

Suasana di dalam bot tambang. Dup..dap..takut dan berdebar-debar penulis dapat rasakan semasa menaiki bot tambang ini.

Dengan tiket berharga RM1.00 untuk satu hala perjalanan setiap individu, kami dibawa menaiki bot tambang untuk ke Seberang Takir. Di antara tempat-tempat menarik yang penulis dapat lihat di Seberang Takir ialah tempat pemborong keropok lekor, memproses ikan kering, membuat belacan dan mengecop batik.

Emak kepada rakan penulis turut sempat membeli belacan segar yang baru diproses dan juga keropok lekor yang direbus. Ayah penulis turut membeli baju batik dan kain batik selepas mereka melihat sendiri proses mengecop batik di sini.

Ini lah hasilnya kain batik yang telah siap diproses dan sedia untuk dijual.



Ini adalah proses mengecop batik. Begitu cekap kerja yang dilakukan pak cik ini.

Belacan yang sedang dijemur. Sedap yang teramat sangat baunya. ehe

Keropok ibu yang sedang dijemur. Keropok ini akan diproses untuk menghasilkan keropok keping.

Ibu rakan penulis sedang membeli keropok lekor di kedai pemborong keropok lekor di Seberang Takir.

Anda yang ingin mencuba keseronokan menaiki bot tambang ini, kena lah datang ke sini selalu.

Perkhidmatan bot tambang hanya terdapat di Negeri Terengganu sahaja yeeh!

Saya mahu cetak entri ini.

0 komen sahaja:

Catat Ulasan