Kemaman Indah 2010 - begitu besar dan gah papan tanda yang dapat dilihat tatkala memasuki ke daerah Kemaman. Sejak dari penulis masih lagi kanak-kanak sehingga sekarang sudah memasuki ke alam remaja, sudah banyak pembangunan yang dapat dilihat di daerah Kemaman. Satu-satunya daerah yang menjadi tempat tinggal penulis dan keluarga sehingga ke hari ini.

Daerah Kemaman merupakan daerah yang kedua terbesar keluasan daerahnya selepas daerah Dungun di Negeri Terengganu Darul Iman.
Daerah Kemaman juga merupakan daerah yang paling hujung ke Selatan Negeri Terengganu. Bermula dari hujung arah Utara ialah daerah Besut, daerah Setiu, daerah Hulu Terengganu kemudian diikuti dengan daerah Kuala Terengganu yang berada di tengah-tengah negeri. Daerah Marang, daerah Dungun dan daerah Kemaman pula terletak di hujung arah ke Selatan jikalau mengikut arah angin.
Walaupun daerah Kemaman tidak lah sepesat pembangunan di daerah Kuala Terengganu, tetapi anda tidak akan rugi dengan layanan mesra yang ada pada penduduk tempatan di sini. Cuba lah bertanya pada sesiapa sahaja yang anda jumpa di tepi jalan, pasti anda akan dilayani seramahnya. Jika tidak begitu, jangan malu untuk bertanya pada yang sudi menjawabnya.
Gambar-gambar di bawah ini sempat penulis rakamkan sepanjang jalan di sekitar daerah ini.

Saya mahu cetak entri ini.
0 komen sahaja:
Catat Ulasan