Assalamualaikum w.b.t. Salam Ceria, Salam Mesra dan Salam Satu Terengganu dari Penulis terengganucunsokmo.blogspot.com. Blog ini Menceritakan Secara Ringkas Mengenai Negeri Terengganu Darul Iman - Bandaraya Warisan Pesisir Air. Selamat Mengenali Negeri Terengganu di Hatiku Selalu. Semoga Bermanfaat Untuk Pengetahuan Anda. Terima Kasih!

Ahad, Mei 16, 2010

Entri 34 : Air Terjun Belukar Bukit


Haah..cuba anda lihat papan tanda di bawah ini. Anda pernah datang ke sini?

"Selamat Datang ke Kawasan Perkelahan Air Terjun Belukar Bukit."

Mungkin ada di antara anda yang tidak berapa kenal dan tidak mengambil tahu tentang tempat ini. Penulis sudah tiga kali datang ke kawasan perkelahan ini. Pertama kali datang ke sini bersama dengan keluarga dan kali seterusnya datang bersama rakan-rakan.

Kali terakhir penulis berpeluang datang ke Air Terjun Belukar Bukit adalah semasa Program Juara Rakyat pada kali lepas, di mana penulis dan rakan-rakan dikerah untuk bergotong-royong membersihkan kawasan perkelahan ini yang sudah agak uzur keadaan tempatnya.



Sesi taklimat bersama Tuan Inspektor Polis daerah Hulu Terengganu kepada peserta-peserta sebelum memulakan aktiviti gotong-royong membersihkan Kawasan Perkelahan Air Terjun Belukar Bukit.







Inilah suasana keadaannya semasa semua peserta sedang sibuk bergotong-royong. Nampaknya masing-masing begitu bersemangat untuk menghabiskan kerja dan sudah tidak sabar untuk bermain air yeeeh. haha!

Kawasan Perkelahan Air Terjun Belukar Bukit terletak lebih kurang 5 kilometer (penulis tidak berapa pasti jaraknya yang betul-betul tepat. Ini cuma anggaran semasa) dengan Felda Mengkawang. Dari Felda Mengkawang juga, terdapat Kawasan Perkelahan Air Terjun Sekayu yang menjadi salah satu tempat perkelahan yang amat popular di kalangan pelancong dari dalam Negeri Terengganu sendiri dan juga dari luar negeri.


Jika anda berpeluang datang ke Belukar Bukit, rasanya anda tidak akan rugi dengan persekitarannya yang menghijau dan memang sesuai untuk anda berkelah bersama-sama keluarga tersayang.

Di sini, terdapat kemudahan pondok rehat, gerai jualan makanan ringan, makanan bergoreng, minuman dan rojak buahan, serta tempat letak kenderaan yang secukupnya. Disebabkan tempat ini memang sunyi dan strategik, Belukar Bukit menjadi tempat tumpuan yang popular di kalangan anak-anak muda yang datang ke sini secara berkelompok dan juga berpasangan untuk melakukan aktiviti bersama.






Permandangan dari atas pondok rehat di kawasan perkelahan ini. Tangga disediakan untuk anda turun ke bawah.

Inilah tangga yang disediakan untuk anda turun ke kawasan bawah kawasan perkelahan ini. Di sinilah kawasan untuk anda bermain air. Tetapi pesan penulis, berhati-hatilah semasa bermain air. Bahaya sentiasa ada di mana-mana kan?








Gaya penulis dan rakan-rakan semasa bermain air sekadar suka-suka sahaja. Lihat baju kami yang masih kering dan tidak dibasahi air langsung. hehe

Saya mahu cetak entri ini.

0 komen sahaja:

Catat Ulasan