Assalamualaikum w.b.t. Salam Ceria, Salam Mesra dan Salam Satu Terengganu dari Penulis terengganucunsokmo.blogspot.com. Blog ini Menceritakan Secara Ringkas Mengenai Negeri Terengganu Darul Iman - Bandaraya Warisan Pesisir Air. Selamat Mengenali Negeri Terengganu di Hatiku Selalu. Semoga Bermanfaat Untuk Pengetahuan Anda. Terima Kasih!

Ahad, Mei 30, 2010

Entri 41 : Kompleks Membeli-Belah Casa Limbong


Jika anda sudah menjejakkan kaki ke Kompleks Centre Point dan juga The Store di daerah Kemaman, apa kata anda teruskan langkah anda menuju ke Kompleks Membeli-Belah Casa Limbong. Usah risau jika anda mungkin terasa penat. Anda tidak perlu melangkah terlalu jauh, kerana Kompleks Membeli Belah Casa Limbong hanya terletak berhadapan dengan Kompleks Centre Point Kemaman. Pejam mata sekelip pun, anda akan sampai ke sini. Tetapi janganlah pula anda berjalan sambil mata terpejam rapat. Jika tersilap langkah, terjunam ke dalam longkang la jawabnya nanti. hehe...



Kompleks Membeli-Belah Casa Limbong baru sahaja dibuka untuk orang ramai sejak tiga tahun yang lepas. Anda tidak akan sukar untuk membeli-belah di sini kerana konsep kedai di sini sama sahaja dengan susunan kedai-kedai di kompleks membeli-belah lain yang selalu anda kunjungi dari segi struktur deretan kedai-kedai yang terletak di aras atas dan bawah kompleks ini.

Selain kemudahan tandas awam yang berbayar, kemudahan eskalator dan tangga turut disediakan untuk memudahkan pergerakan anda sebagai pengunjung turun dan naik ke aras atas kompleks ini. Jika anda ingin bersolat dahulu sebelum membeli-belah, jangan risau kerana di sini juga terdapat kemudahan Surau Putih Casa Limbong yang telah dibina bersekali dengan Kompleks Membeli-Belah Casa Limbong.

Di aras atas kompleks ini - terdapat banyak deretan kedai emas, kedai menjahit tempahan pakaian, kot dan sebagainya, kedai menjual baju muslimah dan juga tudung serta kedai menjual kain sutera pasang.

Di aras bawah pula - kebanyakkan kedai-kedai di aras bawah menjual pelbagai aneka barangan dan perkhidmatan termasuklah produk-produk untuk kesihatan diri anda sekeluarga. Apa yang anda ingin cari, semuanya boleh didapati dengan harga yang amat berpatutan di sini.

Pada setiap bulan, di ruangan legar aras bawah Kompleks Membeli-Belah Casa Limbong - selalu diadakan bazar jualan mega pelbagai barangan yang menarik dan sesuai yang dijual dengan harga yang agak murah untuk anda dapatkan hanya di sini. Kebiasaannya bazar jualan ini selalu diadakan setiap kali musim cuti sekolah, musim perayaan dan jika ada permintaan menggalakkan dari orang ramai.

Apa yang menariknya juga, di kawasan yang menempatkan Kompleks Centre Point Kemaman, The Store Kemaman dan Kompleks Membeli-Belah Casa Limbong ini merupakan pusat tumpuan utama untuk rakyat di daerah Kemaman membeli-belah. Selain tiga kompleks utama ini, deretan kedai kuning ataupun Yellow Town juga selalu mencuri perhatian untuk penulis dan keluarga datang ke sini.

Anda mahu tahu apa itu Yellow Town? Yellow Town merupakan deretan kedai-kedai yang kesemuanya bercat warna kuning. Menarik bukan tempat ini? Haah...anda kenalah datang selalu ke daerah Kemaman.

Apa tunggu lagi. Mari membeli-belah di Negeri Terengganu Darul Iman.

Saya mahu cetak entri ini.

0 komen sahaja:

Catat Ulasan