Assalamualaikum w.b.t. Salam Ceria, Salam Mesra dan Salam Satu Terengganu dari Penulis terengganucunsokmo.blogspot.com. Blog ini Menceritakan Secara Ringkas Mengenai Negeri Terengganu Darul Iman - Bandaraya Warisan Pesisir Air. Selamat Mengenali Negeri Terengganu di Hatiku Selalu. Semoga Bermanfaat Untuk Pengetahuan Anda. Terima Kasih!

Khamis, Ogos 26, 2010

Entri 86 : Dataran Shah Bandar


Berdekatan dengan
Istana Maziah, KT Bowl Astaka, Bukit Puteri, Bazaar Warisan, dan juga Bot Tambang Seberang Takir, terdapat satu lagi mercu kebanggaan warga Negeri Terengganu Darul Iman yang sentiasa tidak lekang dengan pelbagai karnival dan acara menarik yang diadakan di sini.

Dataran Shah Bandar - nama yang begitu unik sekali seolah-olah sudah menggambarkan betapa gahnya keadaan tempat yang sering diperkatakan di bibir masing-masing. Kedudukannya yang cantik terletak di pesisir Sungai Kuala Terengganu ini menjadikan Dataran Shah Bandar sebagai salah satu lokasi untuk sesi penggambaran yang sentiasa mencuri hati pengunjung berkunjung ke sini.


Karnival Jualan sempena Hari Raya yang bakal menjelang tiba sedang berlangsung di Dataran Shah Bandar, Kuala Terengganu.

Entri 85 : Kelab Golf Rekreasi Rantau Petronas


Di daerah Kemaman - terdapat satu tempat bermain golf yang sentiasa menjadi tumpuan bagii golongan atasan turun padang sambil berekreasi bersama-sama iaitu di Kelab Golf Rekreasi Rantau Petronas. Permainan golf dikatakan amat sinonim dengan golongan atasan mungkin kerana permainan ini merupakan salah satu permainan bola yang tidak memerlukan kawasan bermain 'standard'.


Kelab Golf Rantau Petronas yang juga merupakan sebahagian besar daripada Kelab Desa Rantau Petronas ini terletak di mukim Kerteh di mana Kompleks Petroleum Petronas menjadi mercu tanda di Bandar Kerteh ini.

Jika anda ingin merasai pengalaman bermain golf di Kemaman, di sinilah pilihan paling tepat yang anda harus cuba sendiri.

Isnin, Ogos 23, 2010

Entri 84 : Restoran Warisan Nil


Ramadhan Al-Mubarak sudah memasuki hari ke-13. Pertama kali penulis dapat berbuka puasa beramai-ramai di restoran luar, Alhamdulillah kenyang yang teramat sangat. Kali ini, Restoran Warisan Nil menjadi pilihan kami untuk menjamu selera dan merasa suasana berbuka puasa di restoran berdekatan dengan kampus UniSZA.

Pintu gerbang Restoran Warisan Nil seolah-olah menyambut kedatangan kami ke sini dengan ramah mesra lagaknya. hehe

Dekorasi hiasan dan reka bentuk kedai yang juga tidak kurang hebatnya dengan cahaya lampu yang pelbagai merupakan salah satu aset penting untuk mencuri tumpuan pelanggan datang ke Restoran Warisan Nil. Iye lah kan, jika sudah alang-alang ingin pergi ke Pasar Batu Enam, apa kata anda singgah sebentar mengisi dahaga dan lapar anda di restoran yang tersergam indah bak singgahsana diraja ini. hehe


Anda ingin membuat tempahan sempena ketibaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba? Sila hubungi Encik Mustafa di talian 019-9366090.

Kedudukan Restoran Warisan Nil yang cukup strategik kerana terletak di tepi laluan utama menuju ke Pasar Batu Enam ini sentiasa menarik perhatian kebanyakkan pengunjung sekitar untuk menjejakkan kaki ke sini walaupun hanya sekali.

Restoran Warisan Nil sentiasa beroperasi mulai jam 12.00 tengah hari hingga jam 1.00 pagi pada setiap hari kecuali pada Bulan Ramadhan dan cuti-cuti umum sahaja.

Pelbagai menu masakan yang menarik disediakan untuk anda dapatkan di sini. A'ah..di antara menu kesukaan penulis dan rakan-rakan di sini adalah kerabu mangga istimewa. Rasanya yang amat sedap memenuhi citarasa kami yang suka akan rasanya yang masam-masam sedikit.

Menu kerabu mangga istimewa. Yummy!!

Disebabkan begitu asyik kami menjamu selera di Restoran Warisan Nil, penulis tidak dapat merakamkan beberapa lagi menu masakan lain yang kami telah makan di sini. Oh tidak mengapa, kerana senarai menu yang disediakan tetap ada untuk menggiurkan selera anda. hehe


Ahad, Ogos 15, 2010

Entri 83 : Pulau Perhentian


Satu lagi pulau perlancongan yang amat popular di kalangan pelancong dari dalam dan juga luar negeri Terengganu adalah Pulau Perhentian. Terletak di daerah Setiu, Pulau Perhentian menjadi destinasi dan pilihan ramai sebagai salah satu lokasi percutian yang insyAllah sentiasa menjanjikan pengalaman cukup mengagumkan kepada anda semua jika ingin berkunjung ke salah satu pulau yang terdapat di Negeri Terengganu Darul Iman.



Sudah namanya pulau di lautan, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di sini tidak jauh berbeza berbanding di Pulau Kapas yang terletak di daerah Marang. Melihat kebiruan, kejernihan dan kecantikan airnya yang cukup cantik dan terpelihara, secara tidak langsung penulis turut berasa kagum dan takjub dengan ciptaan Allah S.W.T ini.

Tetapi cukup indah lagi jika alam semula jadi ini sentiasa dijaga dengan rapi oleh kita semua kan.





Pulau Kapas jauh ke hulu,
Gunung Daik bercabang tiga,
Pulau Perhentian harus dituju,
Destinasi utama sekeluarga.

Ahad, Ogos 08, 2010

Entri 82 : Restoran Montona Seafood


Di sepanjang perjalanan penulis kembali ke asrama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kampus Gong Badak, Kuala Terengganu, terdapat banyak pilihan kedai-kedai makan dan juga restoran-restoran makanan laut yang agak tersohor dengan kelazatan makanannya yang tersendiri.


Salah satu restoran makanan laut yang menjadi pilihan penulis untuk menjejakkan kaki adalah Restoran Montona Seafood yang terletak berhadapan dengan pagar kawasan Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Seberang Takir. Restoran ini sering menjadi pilihan kebanyakkan pelanggan-pelanggan untuk menjamu selera pada waktu petang hingga ke malam bersama keluarga tersayang.

Menu makanan yang tersedia di Restoran Montona Seafood Gong Badak.

Air limau nipis sejuk - RM1.40
Air laici sejuk - RM2.00

Menu yang penulis sempat rasa di sini - iaitu bihun rakna dengan harga RM4.50. Yummy!

Nasi goreng ikan masin.

Nasi putih dan tomyam campur.

Kunjungan terkini penulis dan rakan-rakan pada petang tadi kadangnya serasa masih tidak puas untuk bertandang lagi ke Restoran Montona Seafood lagi selepas ini.

Jumaat, Ogos 06, 2010

Entri 81 : Program Mega-Lelong



Program Jualan Mega-Lelong merupakan salah satu program anjuran Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik (FiTS) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Gong Badak.

Program yang berkonsepkan jualan lelong sambil mengumpul dana untuk persatuan FiTS UniSZA yang julung kali diadakan ini bakal diadakan pada 09 hb dan 10 hb Ogos 2010 bertempat di hadapan parking blok Anas UniSZA.

Objektif utama Program Mega-Lelong bertujuan untuk membantu semua warga UniSZA yang terdiri daripada pelajar-pelajar, pensyarah-pensyarah dan staff-staff mengumpulkan semua barangan terpakai kepada pihak FiTS dan seterusnya semua barangan ini akan dijual kepada orang ramai.

Barang-barang terpakai dan masih baru seperti pakaian, barangan elektrik/elektronik, kasut/beg dan lain-lain dikumpulkan dan dikategorikan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Pihak FiTS juga akan mengambil sedikit komisyen yang bersesuaian daripada keuntungan hasil jualan mega-lelong ini.