Selasa, Jun 22, 2010
Entri 63 : Pasar Besar Dungun
Sudah puas berjalan-jalan di tempat yang cantik dan menarik, terasa juga ingin ke pasar kan. Pasar Besar Dungun menjadi pilihan dek kerana permandangan di hadapan pasar ini begitu menarik hati penulis. Padahal niat sebenarnya adalah ingin membeli sedikit keperluan dapur untuk bekalan pulang ke Kampung Jambu Bongkok. hehe
Entri 62 : Satar
Banyak sungguh makanan tradisi di Negeri Terengganu, tetapi satar tetap menjadi pilihan utama di hati penulis. Selain daripada keropok lekor, bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan satar juga berasaskan adunan ikan-ikan segar. Ikan yang biasa digunakan adalah ikan selayang dan ikan kembung kerana kedua-dua ikan ini mempunyai banyak isi dan rasanya lebih sedap berbanding ikan-ikan lain.
Proses membakar satar di atas pemanggang api. Satar-satar akan dicucuk secara memanjang seperti sate.Warung Awie Satar dan Otok-Otok menjadi warung pilihan penulis dan keluarga untuk merasai satar dan otok-otok yang masih lagi segar dan panas. Tidak mahu otok-otok? Di sini juga ada menu lain yang disediakan untuk anda seperti keropok lekor, laksa penang, laksam, mee goreng, nasi dan air batu campur. Mee goreng di warung ini teramat sedap rasanya. Sungguh! penulis sudah merasainya sendiri. hehe
Isnin, Jun 21, 2010
Entri 61 : Kuala Kemaman
Penulis sempat singgah di Pengkalan Ikan Kuala Kemaman untuk membeli ikan-ikan segar yang dijual di sini. Sedang abah dan ummi melangkah ke pengkalan ikan, penulis apa lagi mengambil peluang ini berjalan kaki sambil menghirup udara segar di Pantai Kuala Kemaman.
Wahh..terasa angin pantai menampar-nampar di pipi ini. Bukan pantai juga sebenarnya, kerana tempat ini merupakan jeti pengkalan bagi hasil tangkapan ikan-ikan yang ditangkap oleh nelayan-nelayan di sini.
Disebabkan Kuala Kemaman begitu kaya dengan pelbagai jenis ikan-ikan segar, kebanyakkan penduduk di sini telah menjadikan perniagaan keropok lekor sebagai mata pencarian mereka. Ternyata usaha mereka tidak sia-sia, kerana sehingga sekarang keropok lekor Kuala Kemaman tetap menjadi sebutan ramai (selain keropok lekor Kampung Losong) dan amat digemari penduduk di daerah Kemaman dan juga pengunjung luar.
Selain keropok lekor, satar juga turut digemari di sini. Sedap teramat sedap rasanya. Anda mahu mencubanya?
Ahad, Jun 20, 2010
Entri 60 : Taman Rekreasi Bakau Tinggi

Jika anda mengidam ingin makan ketam di daerah Kemaman, di sini lah tempatnya anda patut datang. Melangkah masuk sahaja ke Taman Rekreasi Bakau Tinggi, terpampang besar gambar ketam pada papan tandanya seolah-olah menyambut kedatangan pengunjung yang ingin merasa keenakan ketam yang dijual di sini. hehe

Inilah destinasi utama untuk kaki pancing. Inilah juga tempat wajib bagi pemancing-pemancing tegar yang selalu singgah di lubuk ikan ini. Tidak sah bagi mereka jika tidak mencuba nasib di Taman Rekresi Bakau Tinggi.
Di pondok pancing ini lah merupakan lubuk ikan bagi kaki pancing yang gemar datang ke sini untuk mendapatkan hasil yang cukup lumayan.Taman Rekreasi Bakau Tinggi dikatakan strategik kerana terletak di persisiran Sungai Kemaman. Perjalanan untuk sampai ke sini juga amat senang kerana kedudukannya yang terletak di tepi jalan raya utama untuk ke Bandar Chukai, Kemaman dan terdapat banyak papan tanda yang sentiasa memberi petunjuk arah kepada anda yang ingin datang ke Taman Rekreasi Bakau Tinggi.







Kemudahan-kemudahan lain juga turut disediakan untuk keselesaan pengunjung-pengunjung di taman ini. Di antaranya adalah taman permainan kanak-kanak, tandas awam, bilih rehat (surau), kemudahan bangku duduk, susur jalan untuk berjogging (penulis lebih suka menggelar tempat ini adalah sarang nyamuk), tempat meletak kenderaan dan gerai menjual makanan minuman segera.


Keunikan yang selalu diperkatakan oleh pengunjung-pengunjung di Taman Rekreasi Bakau Tinggi adalah Restoran Terapung. Anda mahu mencuba menu masakan berasaskan hidangan Sungai Kemaman yang segar, besar dan sedap?
Haah. Anda harus datang ke sini dan mencuba sendiri keenakannya yang tersendiri. Ok
Khamis, Jun 17, 2010
Entri 59 : Air Terjun Jeram Tanduk
Apabila anda sudah sampai di Bandar Chukai, daerah Kemaman, apa kata anda teruskan lagi perjalanan anda ke Kampung Air Puteh yang terletak kira-kira 32 kilometer jaraknya dari Bandar Chukai. Dengan jarak hanya 10 kilometer daripada Kampung Air Puteh, anda akan bertemu dengan satu lagi destinasi percutian yang tidak kurang menariknya, iaitu Air Terjun Jeram Tanduk.

Jika anda sudah merasai keseronokan mendaki lapan (8) tingkat air terjun di Air Terjun Jeram Penitih, perjalanan untuk sampai ke sini juga ada cabarannya dan amat sesuai bagi anda yang gemar akan suasana sebegini.
Air Terjun Jeram Tanduk terletak di Kampung Air Puteh, daerah Kemaman. Air terjun ini merupakan salah satu destinasi pelancongan dan perkelahan yang menarik serta mudah untuk dikunjungi kerana dikatakan amat terkenal dengan keindahan alam semula jadinya yang cantik.
Apa yang menariknya di kawasan Air Terjun Jeram Tanduk Air Puteh ini ialah terdapat banyak jenis jeram yang jarang ditemui di tempat lain. Di antaranya adalah Jeram Sisir, Jeram Kota, Jeram Gajah dan juga Jeram Galang. Anda harus melihat sendiri keunikan yang ada pada setiap jeram-jeram ini.

Di antara jeram-jeram yang terdapat di Air Terjun Jeram Tanduk yang mungkin akan menarik perhatian anda di sini.Selain Air Terjun Jeram Tanduk ini sentiasa menjadi lokasi pilihan utama untuk berkelah dan berkhemah, di sini juga turut disediakan pakej untuk berkayak dan segala kelengkapan peralatan berkayak telah tersedia dengan lengkap. Tidak perlu bimbang kerana anda hanya perlu membawa badan sahaja. hehe

Kategori :
Air Terjun,
Kemaman,
Pengalaman,
Rekreasi
Rabu, Jun 16, 2010
Entri 58 : Warung Lempeng Nyiur Meraga-Beris
Bukan mudah untuk mencari makanan tradisional seperti lempeng kelapa. Di negeri-negeri lain, penduduk di sana lebih kenal akan makanan bernama lempeng kelapa berbanding dengan lempeng nyiur. Di Negeri Terengganu Darul Iman, nama lempeng nyiur lebih sinonim digunakan di semua tempat. Nama lempeng nyiur ini juga lebih senang dikenali dan diingati jika anda berpeluang mencuba makanan istimewa ini.

Bagi penduduk sekitar daerah Kemaman yang sedia tahu mengenai kewujudan sebuah Warung Lempeng Nyiur Meraga-Beris di Jalan Kemaman-Kuala Terengganu, kebanyakkan daripada pelanggan yang pernah datang ke warung ini akan merasa ketagih dengan keenakan rasa lempeng nyiur di sini . Selepas kunjungan kali pertama, mereka (pelanggan) pasti tidak akan melepaskan peluang untuk datang lagi ke Warung Lempeng Nyiur Pak Cik Rohman yang terletak di mukim Kijal, daerah Kemaman ini.
Pemilik Warung Lempeng Nyiur Meraga Beris, Encik Rohman Bin Ismail membuka warung ini sejak 10 tahun yang lalu selepas mendapat ilham menjalankan perniagaan untuk mengenang makanan utama yang dimakan oleh ibu-bapa beliau.Lempeng Nyiur yang diperbuat daripada tepung gandum dan kelapa menjadi kegemaran ramai kerana rasanya yang lemak, manis, berkrim dan disukai ramai semestinya. Bertambah enak lagi jika lempeng nyiur ini dimakan bersama dengan kuah kari berapi, cukup menyelerakan sekali. Boleh mengecurkan selera anda yang makin menggebu jika terpandangkan makanan ini yang memang sudah sedia putih menggebu. hehe

Untuk menghasilkan lempeng nyiur ini, anda perlukan bahan-bahan seperti :
1. 2 cawan kelapa parut
2. 1 cawan tepung gandum
3. sedikit garam
4. air secukupnya
Cara-cara membuatnya cukup mudah.
Cara-cara membuatnya cukup mudah.
1. Satukan semua bahan-bahan di atas sehingga menjadi satu adunan tepung.
2. Apabila semua sudah sebati, panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak.
3. Ratakan adunan tepung pada kuali. Tepung ini akan melekat pada kuali selagi ia tidak masak dan belum garing sepenuhnya.
4. Tunggu sehingga kedua-dua belah garing.
5. Lempeng nyiur amat sedap jika dimakan bersama kuah kari ataupun hanya dicicah dengan gula.
Selamat menjamu selera di Warung Lempeng Nyiur Meraga-Beris.
5. Lempeng nyiur amat sedap jika dimakan bersama kuah kari ataupun hanya dicicah dengan gula.
Selamat menjamu selera di Warung Lempeng Nyiur Meraga-Beris.
Selasa, Jun 15, 2010
Entri 57 : Telaga Simpul Pantai Marina
Telaga Simpul terletak di Pantai Marina. Kedua-dua nama tempat yang terletak di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, daerah Kemaman ini memang tidak boleh dipisahkan. Kedua-dua nama ini juga merujuk kepada satu tempat yang sama sahaja - iaitu Telaga Simpul Pantai Marina.
Kebiasaannya ramai pengunjung yang mahu datang ke sini lebih terbiasa dengan panggilan Pantai Marina berbanding dengan Telaga Simpul. Orang lama ada juga mengatakan bahawa Telaga Simpul Pantai Marina ini menyimpan sejarah dan misteri yang tersendiri. Misteri nusantara yang sukar dirungkai tanpa sebarang bukti yang jelas. hehe
Ohh...apakah misteri tersebut? Jika mahu tahu lebih lagi, anda harus datang ke sini dahulu.
Pada asalnya Telaga Simpul ini adalah sama sahaja seperti yang terdapat di rumah-rumah kampung. Tetapi setelah diubah suai dan dicantikkan sedikit rupanya, Telaga Simpul ini masih lagi tetap utuh struktur binaannya dan tahan lama tidak luput ditelan zaman.
Pantai Marina menjanjikan seribu satu kenangan yang menarik kepada anda yang ingin bertandang ke sini. Keindahan pantainya masih elok tercipta walaupun sudah sedikit terhakis. Anda boleh bermain air di gigi air pantai ini yang begitu sejuk tatkala kaki direndam ke dalamnya.
Semasa kunjungan penulis ke sini, kelihatan beberapa kaki pancing turut tidak melepaskan peluang untuk mencuba nasib mereka di Pantai Marina. Mungkin disebabkan di sini, golongan kaki pancing ini akan beroleh sedikit ilham dan ketenangan untuk mendapat hasil yang lumayan. hehe. iye kan?
Kategori :
Kemaman,
Pantai,
Pengalaman,
Rekreasi,
Sejarah





