Bagi penggemar permainan bowling, anda boleh mencuba permainan bowling di TERT dan juga KT BOWL ASTAKA selain pusat bowling yang berada di Stadium Mizan Zainal Abidin. Di sini, kadar bayaran yang dikenakan lebih kurang sama sahaja seperti di Stadium Mizan Zainal Abidin iaitu....
Hari Ahad hingga Khamis
10.oo pagi hingga 5.00 petang - RM 4.00 setiap seorang
5.00 petang hingga 11.00 malam - RM 5.00 setiap seorang
Hari Minggu (Jumaat dan Sabtu) dan Cuti Umum
10.00 pagi hingga 11.00 malan - RM5.00 setiap seorang

Kemudahan lain yang terdapat di ASTAKA - adalah pusat membeli belah ASTAKA yang terletak hanya satu bangunan dengan pusat bowling ini. Jadi, anda tidak perlu pergi ke tempat lain yang lebih jauh jaraknya dari situ....
KT Bowl Astaka ini terletak bersebelahan dengan Dataran Syahbandar dan terdapat beberapa tempat yang menjadi tumpuan utama pelancong-pelancong dari luar untuk datang ke Negeri Terengganu. Di antaranya ialah Istana Maziah, Bukit Puteri, Bazaar Warisan dan Pasar Payang. Anda akan rugi jika tidak melawat kesemua tempat-tempat ini jika anda sudah sampai ke KT Bowl Astaka.
Saya mahu cetak entri ini.
0 komen sahaja:
Catat Ulasan