Sabtu, April 24, 2010
Entri 10 : Kenali Sultan Terengganu
Penulis ingin mengajak anda semua mengenali siapakah dia Sultan Terengganu yang pertama memerintah Negeri ini pada zaman pemerintahan Kerajaan Melayu dahulu dan siapa Sultan yang memerintah Negeri Terengganu sekarang.
Berdasarkan petikan dari Ulama Nusantara....
Sultan Zainal Abidin III, iaitu Sultan Terengganu yang pertama, memang diakui oleh beberapa orang ulama Mekah dan para cerdik cendekiawan bahawa baginda adalah di antara Sultan Melayu yang paling alim dan ahlil ilmi pada zamannya.
Ada dua ulama yang berasal dari dunia Melayu di Mekah yang paling dekat dan menjadi rujukan pelbagai masalah baginda, iaitu Syeikh Muhammad bin Ismail al-Fathani (Syeikh Nik Mat Kecik) dan Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani.
Sesuatu permasalahan yang sukar diselesaikan oleh Sultan Zainal Abidin III akan sentiasa dirujuk kepada kedua-dua ulama di Mekah itu.
Lagi mengenai Sultan Zainal Abidin 111....
Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah (dilahirkan pada 22 Januari 1962) merupakan Sultan Terengganu yang ke-16.
Baginda juga dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13, iaitu sebagai Ketua Perlembagaan Malaysia mulai 13 Disember 2006 sehingga sekarang.
Baginda telah dianugerahkan Putera Mahkota Negeri Terengganu Darul Iman pada 6 November 1979, dan kemudiannya di lantik sebagai pemangku Sultan Terengganu daripada 20 Oktober 1990 hingga 08 November 1990.
Baginda Tuanku Mizan Zainal Abidin disayangi oleh semua rakyat Baginda di Negeri Terengganu di atas pemerintahan beliau yang adil dan saksama. Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat-Nya ke atas Baginda sekeluarga...
Maklumat lanjut di sini.
Saya mahu cetak entri ini.
0 komen sahaja:
Catat Ulasan