Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin merupakan satu lambang mercu kejayaan Negeri Terengganu Darul Iman. Stadium yang terletak di kawasan Kompleks Sukan Gong Badak ini telah menyaksikan kejayaan demi kejayaan bagi atlit anak-anak Terengganu yang berjaya mengharumkan nama negeri semasa temasya Sukan Malaysia (SUKMA) pada tahun 2008. Pada tahun 2008, Negeri Terengganu ialah tuan rumah buat julung kalinya.

Pada asalnya, Kompleks Sukan Gong Badak telah dilengkapi serba lengkap dengan stadium berbumbung, asrama, pusat latihan, trek olahraga dan pelbagai kemudahan sukan bertaraf antarabangsa. Setiap hari, ada sahaja permintaan dari pihak luar untuk menganjurkan kejohanan sukan di kompleks ini.
Tetapi disebabkan berlakunya tragedi stadium runtuh pada 2 hb Jun 2009, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin tidak dapat digunakan lagi buat masa sekarang dan proses siasatan masih lagi berjalan.....

Jangan bimbang lagi...kerana entri seterusnya akan menyusul. Sila baca lagi....
0 komen sahaja:
Catat Ulasan