Tatkala mata terpandangkan Pantai Jambu Bongkok, penulis teringat nostalgia zaman kanak-kanak penulis dan adik-beradik di pantai ini. Oleh kerana kerapnya kami ke sini apabila pulang bercuti ke Kampung Jambu Bongkok, bolehlah diibaratkan suasana pantai dengan kehidupan kami sendiri memang sukar untuk dipisahkan. Bagai aur dan tebing juga seperti irama dan lagu. Ia sentiasa akan bersama selamanya. haha
Begitu cantik ciptaan Tuhan Pencipta Alam yang patut anda hargai di Pantai Jambu Bongkok.
Di manakah letaknya Pantai Jambu Bongkok? Ohh ya. Laluan ke pantai ini tidak mempunyai papan tanda arah yang jelas. Tetapi jika anda sudah kenal akan daerah Marang dan pernah melaluinya untuk pergi ke Jeti Marang ke Pulau Kapas, anda pasti akan berjumpa dengan papan tanda yang bertulis Kampung Jambu Bongkok. Jangan segan untuk bertanya pada penduduk kampung di sini jika anda tersesat di perjalanan.
Ada lagi yang menariknya di pantai ini. Jika anda ingin tahu, Pantai Jambu Bongkok juga pernah dijadikan sebagai lokasi penggambaran bagi satu drama Melayu (penulis sudah lupa tajuk drama ini) yang telah ditayangkan pada hari raya kedua tahun 2009 di RTM1.
Ke Pulau Kapas sudah pun pergi,
Apa kata datang sahaja ke sini,
Pantai Jambu Bongkok menjadi destinasi,
Konfim anda tidak akan rugi.














































