
TTI River Cruise - Pakej menaiki bot tambang mengelilingi Taman Tamadun Islam (TTI) ini telah penulis rasai pada kunjungan ke sini pada kali lepas. Sebelum menaiki TTI River Cruise, pengunjung dikehendaki memakai jaket keselamatan yang telah dibekalkan sebagai satu langkah berjaga-jaga jika ada sebarang kecemasan.
Dengan diiringi oleh dua orang pegawai perkhidmatan untuk setiap bot, pengunjung yang menaiki TTI River Cruise ini pasti akan terpegun dengan permandangan dari arah pesisir laut yang memang cantik sekali. Bagi anda yang pertama kali merasai pengalaman menaiki bot, bawalah bekalan air botol mineral yang telah tersedia dijual di kaunter maklumat dan tiket untuk mengelakkan anda mengalami mabuk di laut.
Untuk menaiki TTI River Cruise yang terletak di Pengkalan Tok Ku Paloh ini, berhati-hatilah dengan langkah kaki anda semasa melangkah ke dalam bot, kerana anda bukan lagi berada di atas daratan. hehe








Jika anda ingin mencuba pengalaman menaiki bot ini, jangan tangguhkan hasrat anda begitu sahaja. Datang sahaja ke Taman Tamadun Islam (TTI) yang menjanjikan pelbagai kenangan kepada anda hanya di Negeri Terengganu Darul Iman.
Saya mahu cetak entri ini.
0 komen sahaja:
Catat Ulasan