Assalamualaikum w.b.t. Salam Ceria, Salam Mesra dan Salam Satu Terengganu dari Penulis terengganucunsokmo.blogspot.com. Blog ini Menceritakan Secara Ringkas Mengenai Negeri Terengganu Darul Iman - Bandaraya Warisan Pesisir Air. Selamat Mengenali Negeri Terengganu di Hatiku Selalu. Semoga Bermanfaat Untuk Pengetahuan Anda. Terima Kasih!
Memaparkan catatan dengan label Pulau. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pulau. Papar semua catatan

Ahad, Ogos 15, 2010

Entri 83 : Pulau Perhentian


Satu lagi pulau perlancongan yang amat popular di kalangan pelancong dari dalam dan juga luar negeri Terengganu adalah Pulau Perhentian. Terletak di daerah Setiu, Pulau Perhentian menjadi destinasi dan pilihan ramai sebagai salah satu lokasi percutian yang insyAllah sentiasa menjanjikan pengalaman cukup mengagumkan kepada anda semua jika ingin berkunjung ke salah satu pulau yang terdapat di Negeri Terengganu Darul Iman.



Sudah namanya pulau di lautan, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di sini tidak jauh berbeza berbanding di Pulau Kapas yang terletak di daerah Marang. Melihat kebiruan, kejernihan dan kecantikan airnya yang cukup cantik dan terpelihara, secara tidak langsung penulis turut berasa kagum dan takjub dengan ciptaan Allah S.W.T ini.

Tetapi cukup indah lagi jika alam semula jadi ini sentiasa dijaga dengan rapi oleh kita semua kan.





Pulau Kapas jauh ke hulu,
Gunung Daik bercabang tiga,
Pulau Perhentian harus dituju,
Destinasi utama sekeluarga.

Isnin, Jun 14, 2010

Entri 55 : Pulau Kapas


Sudah puas berkelah di pantai daratan, apa kata anda bercuti pula di pulau. Haah..di mana tempatnya itu? Banyak sungguh pulau-pulau yang terdapat di Negeri Terengganu Darul Iman. Tetapi Pulau Kapas menjadi destinasi utama penulis ingin sarankan kepada anda.

Kedudukan Pulau Kapas yang terletak dengan jarak 5 batu laut atau 6 km dari Pantai Marang, Kuala Terengganu ini selalu menjadi tumpuan utama kepada penduduk sekitar daerah Marang untuk datang ke pulau ini. Dengan masa hanya 10 minit perjalanan dari jeti Marang, anda akan sampai ke Pulau Kapas dengan selamat.

Anda yang berminat untuk datang ke Pulau Kapas dan ingin mengetahui cara yang lebih lanjut untuk datang ke sini - sila ke laman ini.

Selamat Datang ke Pulau Kapas.

Lihat kebiruan air di Pulau Kapas. Subhanallah...terlalu cantik.

"Wahh..cantiknya terumbu karang ini. Jom kita bergambar bersama-sama."

Ini keseronokan berganda untuk anda yang berminat untuk mencuba aktiviti menyelam (scuba diving) di Pulau Kapas. Hanya di pulau sahaja, bukan di daratan, ok..hehe


Di antara deretan bangunan dan chalet yang disediakan untuk anda. Di Pulau Kapas, terdapat 9 buah resort yang telah disediakan. Anda boleh membuat penempahan lebih awal jika ingin menginap di resort pilihan anda.

***************************************

Cuti sekolah panjang lagi.
Tak tahu hendak ke mana kali ini.
Jangan fikir ulang kali.
Pulau Kapas menggamit hati.
Datang saja ke sini.
Anda tak akan rugi.