Assalamualaikum w.b.t. Salam Ceria, Salam Mesra dan Salam Satu Terengganu dari Penulis terengganucunsokmo.blogspot.com. Blog ini Menceritakan Secara Ringkas Mengenai Negeri Terengganu Darul Iman - Bandaraya Warisan Pesisir Air. Selamat Mengenali Negeri Terengganu di Hatiku Selalu. Semoga Bermanfaat Untuk Pengetahuan Anda. Terima Kasih!

Khamis, Oktober 28, 2010

Entri 99 : Majlis Penyampaian Hadiah PBPT 2010


Alhamdulillah Syukur ke hadrat Illahi -

dengan izin-Nya, akhirnya debaran akhir untuk mengetahui siapakah di antara para peserta Kategori Sekolah, Kategori IPT dan Kategori Terbuka yang layak ke
Pertandingan Blog Perlancongan Terengganu (PBPT) 2010 bakal berakhir pada tarikh berikut :


Hari : Selasa
Tarikh : 02 hb November 2010
Masa : 04.30 petang
Tempat : Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu
Tema Pakaian : Kemas/Batik/Pejabat

Pertama - penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur, iaitu Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman. Tidak dilupakan juga kepada semua pihak penaja pertandingan ini.

"Tanpa hasil usaha dan hebahan yang meluas daripada pihak mereka, Pertandingan Blog Perlancongan Terengganu (PBPT) 2010 ini tidak akan mendapat sambutan menggalakkan sebegini."

Kedua - penulis berbesar hati untuk hadir ke majlis Penyampaian Hadiah PBPT 2010 ini. Selain ingin memenuhi undangan daripada pihak penganjur, tarikh 02 hb November ini juga diharapkan menjadi hadiah hari lahir yang insyAllah akan menjadi saat paling bermakna kepada penulis.

Semoga semuanya akan berjalan dengan lancar dan Allah S.W.T akan merahmati majlis ini :)

Saya mahu cetak entri ini.

0 komen sahaja:

Catat Ulasan