Assalamualaikum w.b.t. Salam Ceria, Salam Mesra dan Salam Satu Terengganu dari Penulis terengganucunsokmo.blogspot.com. Blog ini Menceritakan Secara Ringkas Mengenai Negeri Terengganu Darul Iman - Bandaraya Warisan Pesisir Air. Selamat Mengenali Negeri Terengganu di Hatiku Selalu. Semoga Bermanfaat Untuk Pengetahuan Anda. Terima Kasih!

Jumaat, Mac 18, 2011

Entri 101 : Merang Suria Resort


Assalamualaikum W.B.T...

Setelah hampir 3 bulan penulis tidak menambah entri di blog perlancongan terengganu ini, akhirnya penulis kembali menaip di sini. Dan insyAllah semoga entri pada kali ini bermanfaat untuk anda...:)


Alangkah indahnya suasana di Merang, tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Chewwah! hehe..Mungkin faktor jarak yang lagi dekat berbanding Resort-Resort lain di kawasan ini menjadi penyebab utama Fakulti Bahasa dan Komunikasi UniSZA memilih Merang Suria Resort sebagai tempat terbaik untuk diadakan Kem Bahasa Inggeris (English Camp) untuk sebahagian pelajar-pelajar UniSZA.


Bubur pulut hitam sebagai santapan pada waktu malam....Amat sedap rasanya

Isnin, November 01, 2010

Entri 100 : Sutra Beach Resort & Spa


Fakulti Informatik UniSZA telah berbesar hati untuk meraikan para pelajar tahun akhir Diploma Teknologi Maklumat, Diploma Teknologi Maklumat (Multimedia) dan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian) Sesi 1 2010/2011.


Disebabkan itu, majlis yang telah dinamai Majlis Malam Pra-Graduasi 2010 ini telah sempurna diadakan pada hari Jumaat bersamaan 22 hb oktober 2010 baru-baru ini bertempat di Sutra Beach Resort & Spa, daerah Setiu, Kuala Terengganu.


Di mana Majlis Malam Pra Graduasi ini telah diadakan? Haah. di sini lah tempatnya - iaitu di Sutra Ballroom. Cantik, luas amat dan juga memenuhi kuota yang telah pihak penganjur tetapkan.


Inilah suasana dan keadaannya di dalam Sutra Ballroom.

Jika ada di antara anda yang ingin menempah Sutra Ballroom ini untuk sebarang majlis rasmi, boleh datang sendiri ke Sutra Beach Resort & Spa atau sila hubungi pihak berkenaan.

Rata-rata ramai di antara mereka yang hadir turut mengatakan bahawa makanan yang dihidangkan di Sutra Beach Resort & Spa memuaskan dan memenuhi citarasa yang ada. Ooh..memang yummy!


Tahniah dan syabas penulis merakamkan kepada semua ajk-ajk yang telah bertungkus-lumus menyediakan yang terbaik untuk majlis gilang-gemilang ini.

Rakan penulis juga ingin merakamkan kenangan bergambar di sini nampaknya yee. hehe

Khamis, Oktober 28, 2010

Entri 99 : Majlis Penyampaian Hadiah PBPT 2010


Alhamdulillah Syukur ke hadrat Illahi -

dengan izin-Nya, akhirnya debaran akhir untuk mengetahui siapakah di antara para peserta Kategori Sekolah, Kategori IPT dan Kategori Terbuka yang layak ke
Pertandingan Blog Perlancongan Terengganu (PBPT) 2010 bakal berakhir pada tarikh berikut :


Hari : Selasa
Tarikh : 02 hb November 2010
Masa : 04.30 petang
Tempat : Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu
Tema Pakaian : Kemas/Batik/Pejabat

Pertama - penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur, iaitu Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman. Tidak dilupakan juga kepada semua pihak penaja pertandingan ini.

"Tanpa hasil usaha dan hebahan yang meluas daripada pihak mereka, Pertandingan Blog Perlancongan Terengganu (PBPT) 2010 ini tidak akan mendapat sambutan menggalakkan sebegini."

Kedua - penulis berbesar hati untuk hadir ke majlis Penyampaian Hadiah PBPT 2010 ini. Selain ingin memenuhi undangan daripada pihak penganjur, tarikh 02 hb November ini juga diharapkan menjadi hadiah hari lahir yang insyAllah akan menjadi saat paling bermakna kepada penulis.

Semoga semuanya akan berjalan dengan lancar dan Allah S.W.T akan merahmati majlis ini :)

Rabu, Oktober 13, 2010

Entri 98 : Hari Penyelidikan UniSZA 2010


Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Gong Badak sekali lagi menempah kejayaan bermakna di peringkat universiti. Ini kerana UniSZA telah berjaya mengadakan Hari Penyelidikan UniSZA 2010. Oohh, apakah itu?


Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata apa dan bagaimana rasanya perasaan penulis apabila berpeluang untuk hadir ke Hari Penyelidikan UniSZA 2010 ini yang telah diadakan pada hari kelmarin (12 hb Oktober 2010) dan berakhir pada hari ini ; 13 hb Oktober 2010.

Pertamanya - penulis kurang berminat dengan bidang kajian dan penyelidikan. Jadi tiada input positif yang dapat diambil di sini. hehe

Kedua - perasaan bangga juga wujud dalam diri penulis di atas inisiatif pihak pengurusan UniSZA kerana berjaya menganjurkan program yang telah memberi banyak impak positif kepada para pengkaji dan penyelidik di luar sana.


Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi telah diwujudkan di UniSZA sebagai salah satu langkah memartabatkan bidang pemyelidikan di Negeri Terengganu Darul Iman.


Khamis, September 30, 2010

Entri 97 : Restoran Chilada Seafood


Hari sudah semakin gelap. Perut pula semakin terasa laparnya. Kaki masih lagi menekan pedal minyak kereta comel berwarna merah menyala sambil mata mencari-cari tempat makan yang menarik perhatian. Tatkala melalui simpang ke Hypermarket Sabasun, Kuala Terengganu, mata terus terpacak pada papan nama Restoran Chilada Seafood.

"Wah, nampak macam ok sangat restoran ini. Bersih, cantik, kemas dan menarik hati juga."

Oppsss.
Cerita di atas ini hanya cerita khayalan semata-mata. Jangan tiru gaya penulis, ok. Hehe


"Mari kita pakat gi serbu Restoran Chilada Seafood ramai-ramai, jom!"
Lalu bermonolog lah penulis di dalam hatinya.

Entri 96 : Masjid UniSZA


Masjid ini merupakan salah satu masjid kebanggaan penulis sepanjang menjadi pelajar di UniSZA. Jeng-jeng, boleh buat teka kata la. Apakah nama masjid ini yang terletak di kawasan Gong Badak, Kuala Terengganu?

Jawapannya - sila lihat di bawah. Hehe


Masjid Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Kampus Gong Badak,
Kuala Terengganu.


Selasa, September 28, 2010

Entri 95 : Bandar Marang


Memasuki ke Bandar Marang - penulis pasti tidak akan terlepas pandang untuk menyaksikan landskap menarik bermotifkan suasana hidupan laut yang subhanallah bagi penulis begitu menakjubkan. Tetapi secantik mana pun ciptaan manusia yang penulis dapat lihat ini, masih tidak akan dapat menandingi ciptaan Allah S.W.T yang berkali ganda lagi baiknya.

Itulah dia. Rekaan bak lukisan alam sebegini biasanya jarang dilihat di tempat lain kan. Hanya di Negeri Terengganu Darul Iman yeeh :) Hehe

Monumen indah menarik hati di Bandar Marang - cukup comel sekali.