Assalamualaikum w.b.t. Salam Ceria, Salam Mesra dan Salam Satu Terengganu dari Penulis terengganucunsokmo.blogspot.com. Blog ini Menceritakan Secara Ringkas Mengenai Negeri Terengganu Darul Iman - Bandaraya Warisan Pesisir Air. Selamat Mengenali Negeri Terengganu di Hatiku Selalu. Semoga Bermanfaat Untuk Pengetahuan Anda. Terima Kasih!

Khamis, September 30, 2010

Entri 97 : Restoran Chilada Seafood


Hari sudah semakin gelap. Perut pula semakin terasa laparnya. Kaki masih lagi menekan pedal minyak kereta comel berwarna merah menyala sambil mata mencari-cari tempat makan yang menarik perhatian. Tatkala melalui simpang ke Hypermarket Sabasun, Kuala Terengganu, mata terus terpacak pada papan nama Restoran Chilada Seafood.

"Wah, nampak macam ok sangat restoran ini. Bersih, cantik, kemas dan menarik hati juga."

Oppsss.
Cerita di atas ini hanya cerita khayalan semata-mata. Jangan tiru gaya penulis, ok. Hehe


"Mari kita pakat gi serbu Restoran Chilada Seafood ramai-ramai, jom!"
Lalu bermonolog lah penulis di dalam hatinya.

Entri 96 : Masjid UniSZA


Masjid ini merupakan salah satu masjid kebanggaan penulis sepanjang menjadi pelajar di UniSZA. Jeng-jeng, boleh buat teka kata la. Apakah nama masjid ini yang terletak di kawasan Gong Badak, Kuala Terengganu?

Jawapannya - sila lihat di bawah. Hehe


Masjid Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Kampus Gong Badak,
Kuala Terengganu.


Selasa, September 28, 2010

Entri 95 : Bandar Marang


Memasuki ke Bandar Marang - penulis pasti tidak akan terlepas pandang untuk menyaksikan landskap menarik bermotifkan suasana hidupan laut yang subhanallah bagi penulis begitu menakjubkan. Tetapi secantik mana pun ciptaan manusia yang penulis dapat lihat ini, masih tidak akan dapat menandingi ciptaan Allah S.W.T yang berkali ganda lagi baiknya.

Itulah dia. Rekaan bak lukisan alam sebegini biasanya jarang dilihat di tempat lain kan. Hanya di Negeri Terengganu Darul Iman yeeh :) Hehe

Monumen indah menarik hati di Bandar Marang - cukup comel sekali.

Selasa, September 21, 2010

Entri 94 : Masjid Abidin Kuala Terengganu


Masjid Abidin Kuala Terengganu
merupakan salah satu masjid yang tertua di daerah Kuala Terengganu. Kedudukannya yang terletak di tengah bandar Kuala Terengganu menjadikan masjid ini sebagai pusat tumpuan utama orang ramai untuk berkunjung ke sini.


Permandangan keseluruhan Masjid Abidin Kuala Terengganu.



Di antara seni bina menarik yang terdapat pada Masjid Abidin Kuala Terengganu.

Khamis, September 16, 2010

Entri 93 : Pasar Chabang Tiga


Mahu mengenali apakah yang istimewanya terdapat di Pasar Chabang Tiga ini?


A'ahh. anda kena datang sendiri ke sini. Jom jalan-jalan di Negeri Terengganu Darul Iman.


Entri 92 : Pasar Besar Kedai Payang


Orang kata tempat jauh lagi kan dikenang, apatah lagi tempat yang sudah berada di depan mata kita pasti akan disinggah selalu. Iye kan? Begitu juga kisahnya dengan Pasar Besar Kedai Payang yang terletak berhadapan dengan Bazaar Warisan, Bukit Puteri dan Jeti Bot Tambang Seberang Takir ini.


Walhah penulis sendiri sudah acap kali pergi ke bandar Kuala Terengganu, pasti akan ada permintaan dari teman-teman yang mengajak untuk singgah sebentar di Pasar Besar Kedai Payang walaupun kami hanya pergi dengan berjalan kaki sahaja daripada Stesen Bas MPKT.

Oh ya. Kami memang anak jati Terengganu yang sayang akan negeri kelahiran sendiri. hehe


Apa yang ada di sini?

Pasar Besar Kedai Payang menyediakan pelbagai jenis makanan kering seperti keropok, belacan segar dan makanan tradisi Negeri Terengganu serta buah-buahan segar yang dijual dengan harga berpatutan di samping pelbagai barangan keperluan harian yang lain lagi.


Barangan plastik, barangan dapur, pakaian, kain sutera pasang, kain songket serta selipar cantik turut ada dijual di sini.




Pasar Besar Kedai Payang mempunyai beberapa tingkat yang penulis sendiri tidak berapa pasti bilangan tingkat yang ada di sini. Kemudahan tangga disediakan untuk anda naik ke tingkat atas bangunan pasar ini.


Rabu, September 15, 2010

Entri 91 : Muzium Negeri Terengganu (III)



Bahagian Rumah Tradisional
yang terletak di sebelah belakang bahagian Muzium Utama Negeri Terengganu sedikit sebanyak turut menonjolkan ciri-ciri seni reka bentuk dan seni bina lama yang terdapat pada rumah-rumah tradisional pada zaman dahulu di Negeri Terengganu Darul Iman.


Di antara rumah-rumah tradisonal yang ada di sini termasuklah Rumah Limas, Rumah Tele (yang dibina khas untuk golongan wanita sahaja tinggal di sini), Rumah Bujang, Rumah Berserambi Besar dan juga Istana Tengku Long.


Permandangan dari arah beranda rumah tradisional ini juga amat cantik jika anda dapat melihat sendiri permandangannya di Muzium Negeri Terengganu Darul Iman ini.


Nah. Berminat untuk datang ke sini?

Lembaga Muzium Negeri Terengganu,
Bukit Losong,
20566 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman,
Malaysia.
Telefon : 09- 622 1444


Untuk sampai ke sini - jaraknya daripada bandar Kuala Terengganu adalah 6 km perjalanan.

Pengangkutan bas awam juga boleh digunakan daripada Stesen Bas MPKT dengan masa 15 minit sahaja perjalanan untuk sampai ke sini.


Anda boleh layari laman web Muzium Negeri Terengganu untuk sebarang maklumat tambahan.

Khamis, September 09, 2010

Entri 90 : Muzium Negeri Terengganu (II)


Muzium Maritim
merupakan salah satu bahagian daripada empat (4) blok bahagian bangunan utama di Muzium Negeri Terengganu.


Kedudukannya yang terletak di bahagian luar dan agak terpisah dengan bahagian Muzium Utama merupakan salah satu konsep dan alternatif tambahan yang diwujudkan di sini bagi mengelakkan kemungkinan pengunjung akan tersesat disebabkan oleh struktur bangunan Muzium Negeri Terengganu yang terlalu besar dan luas ini.


Di bahagian Muzium Maritim - terdapat pelbagai jenis pengangkutan laut seperti bot, sampan, rakit dan juga beberapa pengangkutan lain yang telah digunakan sejak berkurun lamanya sehingga sekarang. Peralatan-peralatan utama yang digunakan untuk aktiviti perikanan seperti bubu juga turut dipamerkan di bahagian Galeri Perikanan

Peralatan untuk aktiviti perikanan - iaitu bubu.


Yang menariknya lagi di sini adalah terdapat pameran kenderaan lama yang pernah digunakan oleh Sultan dan Raja Negeri Terengganu Darul Iman pada pemerintahan sebelumnya.


Rabu, September 08, 2010

Entri 89 : Muzium Negeri Terengganu (I)




Pintu masuk utama yang sentiasa mengalu-alukan kedatangan pengunjung untuk bertandang ke Muzium Negeri Terengganu.


Muzium Negeri Terengganu telah dibuka secara rasmi pada 20 April 1996 oleh Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, iaitu merupakan Sultan Terengganu yang memerintah pada zaman tersebut.

Muzium ini yang terletak di Bukit Losong dengan jarak kira-kira 6 km jauhnya daripada bandar Kuala Terengganu dikatakan merangkumi kawasan seluas 27 hektar persegi.


Fakta penting yang menjadi tarikan utama di sini adalah Muzium Negeri Terengganu merupakan muzium yang terbesar di Malaysia. Wah! hebat sekali namanya Negeri Terengganu Darul Iman - Bandaraya Warisan Pesisir Air ini yeh :)


Muzium Negeri Terengganu terbahagi kepada empat (4) blok bahagian bangunan utama.


Di bahagian Muzium Utama, pengunjung akan dapat melihat :

- Galeri Tekstil
- Galeri Royal
- Galeri Seni Kraft
- Galeri Sejarah Alam
- Galeri Petroleum
- Galeri Sejarah
- Galeri Sejarah Islam


Di belakang bahagian Muzium Utama ini pula terdapat lima (5) jenis rumah tradisional Melayu yang setiap satunya mempunyai keunikan yang tersendiri.


Di antara landskap-landskap menarik untuk bergambar. Lihat gaya kami yang teruja merakamkan kenangan terindah di Muzium Negeri Terengganu.

Bagaimana untuk ke sini? Ohh ya amat senang sekali caranya

Anda hanya perlu berpandukan pada papan tanda arah jalan yang kelihatan banyak terdapat di sekitar Bandar Kuala Terengganu menuju ke Kampung Losong Panglima Perang.


Ahad, September 05, 2010

Entri 88 : The Villa Hotel


Sudah lama penulis tidak bersapa salam dengan semua pembaca blog ini. Ramadhan sudah ingin meninggalkan kita dan melabuhkan tirainya pada tahun ini, bulan Syawal pula bakal menjelang tiba dalam masa tidak sampai satu minggu sahaja daripada sekarang.

Di kesempatan ini - penulis dengan hati terbuka ingin mengucapkan -

"Selamat Hari Raya Aidil Fitri & Maaf Zahir Batin"

kepada semuanya yang sudi singgah di
blog terengganucunsokmo. Semoga apa yang penulis ingin sampaikan memberi banyak manfaat kepada anda.

Haa. Raya itu raya lah juga kan. Sudah alang-alang ingin pulang ke kampung halaman di Negeri Terengganu Darul Iman, apa salahnya jika sekali-sekala anda membawa keluarga tersayang bermalam hanya satu hari di The Villa Hotel.


Nama pun macam menarik sahaja bunyi dan ejaannya. Terletak di daerah Kemaman dan kedudukannya yang jelas kelihatan di tepi jalan utama menghala ke arah Bandar Chukai ini kelihatan cukup strategik serta turut menjadi tumpuan utama di sini.

Berminat untuk mendapatkan perkhidmatan istimewa di The Villa Hotel? Anda boleh hubungi nombor berikut : 09 858 1919

Khamis, September 02, 2010

Entri 87 : Lapangan Terbang Sultan Mahmud


Selain Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) yang begitu gah namanya di mata dunia, di Negeri Terengganu Darul Iman juga terdapat satu lagi lapangan terbang yang tidak kurang menariknya. Lapangan Terbang Sultan Mahmud diberi nama, seolah-olah ingin menggambarkan keunikan warisan seni rekabentuk di Negeri Terengganu yang masih lagi utuh tidak ditelan usia sejak zaman kesultanan Melayu pada zaman dahulu. Hehe


Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata - penulis ingin anda melihat sendiri apa yang menariknya di sini.